Feb 20, 2012

Hanya 2 Golongan Sahaja Yang Wajib Kita Cemburukan

Bila cik bunga rajinmenaip :

Assalamualaikum ..
Entri kedua untuk hari ni .
Rushing update sebab pukul 6 nanti ade class BEL . okayy . essay done ! sempat la nak update sikit pasal pesanan ustaz aku semalam .

Jangan lah kamu mencemburui manusia dengan membuta-tuli kerana itu tiada faedahnya . Hanya 2 golongan sahaja yang WAJIB kamu cemburui iaitu :

 

1- MANUSIA YANG BERILMU DI DADA
Biarlah ramai-ramai manusia kat atas muka bumi ni pandai-pandai belaka . kita hanya perlu cemburukan ilmu yang orang tu ada . pasanglah angan-angan bahawa korang nak ilmu yang dia ade. korang nak jadi macam die . korang nak jadi manusia yang berilmu macam dia jugak . janganlah pulak kau dengki dengan ape yang dikurniakan kat dia pulak . just take the positive things kayy . itu semua untuk kebaikan korang jugak . Banyak baiknya dari buruk untuk korang tau !

2- MANUSIA YANG SUKA BERSEDEKAH 
Aku memang cemburukan orang yang bersedekah . aku berharap supaya aku dapat bersedekah macam dia . kita tengok orang tu then kita cakap "orang kaya, bolehlah cakap" . tapi, hakikatnya kaya atau miskin itu belakang kira . yang penting nawaitu . if nawaitu kita ikhlas demi ALLAH , insyaALLAH lumayan ganjaran pahalanya . daripada bersedekah banyak-banyak, orang kaya tapi nawaitu salah . tak guna jugak . so, ustaz aku cakap . walaupun kita miskin tapi, ibadah ikhlas yang kita lakukan tu lah yang akan membezakan ganjaran yang kita dapat . samaada pahala yang banyak atau sikit .

 

So, renung-renungkanlah dan selamat beramah .. 

Pena Comel N.N : Semalam adalah hari yang banyak mengajar aku . Alhamdulillah .. semoga pertolongan yang diberikan semalam akan berterusan dan Kau lindungi kami dari perasaan riak, ujub, takbur, bangga, sombong dan bongkak ..