AFB COMMUNITY

[ISU KAHWIN MUDA] Aku dah.. Korang?

by - 10:34 PM

Assalamualaikum..

Olla korang .. Hari ni online sokmo sebab? sebab aku rasa aku perlu online sepanjang hari ni okay. tak perlu susahsusah nak tegur aku dah sebab aku memang tak makan saman. awuwuwuu~~ title entri minta gusti je kan? eheherr~

Yes! Sekarang ni memang musim orang kahwin muda ke? okay, aku dah dapat green light dari mak bapak. yeay!! esok boleh kawen dah .. **tak sabarnya tak sabarnya**

sila pedulikan dan abaikan dan buat tak endahkan .. hatiku rasa gembira dengan khabar-khabar berita dari kakak-kakak yang comel-comel, wanita muslimah sejati lah aku boleh cakap. I've got inspiration from them, from kak Dian Pelangi ('91) + kak Irine ('92)  kak Dena ('92) + kak Farah Lee ('89) untuk kahwin muda.. jyeahh!





Bahagia bila tengok muda-muda lagi dah kahwin .. okay, dah lah farah lee cantik, ally pulak hensem .. cun dah tu. Dikahwinkan pula atas pilihan keluarga.. tak ada halangan dari dua-dua pihak. ohsem betul! kak farah cakap dia tertarik dengan ally sebab dia sangat menghormati ibu dia.

okay! aku pun nak calon laki masa depan aku hormat orang tua jugak, tak hormat tak nak kawen dengan awak.. ngehehee~


here we go! kak dena yang sangat comel, bergaya dan sangat sopan .. dia sangat cute! aku dah khatam dah semua video dia.. tutorial tudung dia pun aku dah khatam.. okay, kak dena terbaik .. biar pun kat luar sana ramai yang hentam kak dena, kak dena tetap bersabar.. SOBARU is one part of your IMAN .. semoga kak dena terus bersabar dan tabah dalam menempuhi kehidupan berumah tangga yang penuh pancaroba ni yaww!

Tarikh 28 April 2012 adalah tarikh keramat di mana hari pernikahan kak dena. Aku pun tak tahu sangat tapi aku banyak dapat dari sumber-sumber terdekat. Mula-mula ya.. memang aku tak sangka aku masuk blog bestfrend kak dena. Ingatkan kak mili tu just blogger yang provide info best tentang islam saje, rupanya dia kenal sangat dengan kak dena. ho yeah !

sumber kak dena :
## 

 ai gembira tengok kebahagiaan yang terpancar di muka kak dena .. ni yang buat ai terasa nak kaweng jugak ni hehh .. ada sesapa yang sudi nak jadi imam ai tak? eheheewww .

Memang betul orang kata.. ehh, tak payah orang kata lah .. this is a facts which is kahwin itu indah **macam ade pengalaman je dikk? itulah, orang suruh kahwin, tak nak. cakap jodoh belum sampai .. ya, mungkin salah satu sebab mereka yang di atas adalah insan yang bertuah yang Allah pilih untuk melayari bahtera terlebih dulu dari orang lain. Mungkin jodoh mereka sampai dulu dan mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang semakin berat .

oh ya! tanggungjawab .. masa bergelar anak, tanggungjawab kita sangat ringan. jaga hubungan dengan kedua mak bapak, dengar cakap, tak melawan kata mereka.. sentiasa mendengar nasihat mereka. okay, aku rasa macam yang ni aku lepas dah even masih ada kecacatan di sini sinun..

Bukan senang nak kahwin ni wa cakap sama lu. ye lah! tanggungjawab bertambah.. bukan setakat kena fikirkan diri kita seorang, tapi dua orang .. Berdua menjadi satu . okay, maknanya BERSATU . ## lagu forteen muncul. Dulu kita selalu skip bekfes tapi sekarang kena fikir bekfes hasben. Dulu kita gosok baju sendiri (taknak gosok tak ape, baju licin dah) sekarang kena gosok baju hasben berbakul bakul. okay, lagi.... dulu kita jarang masak sedap sedap, takat maggi segera bila lapar tak pun selalu lepak kedai mamak bedal nasi paprik berpinggan-pinggan, duit keluar sikit tak apa sebab tampung seorang je. sekarang dah jadi dua, kena bajet ekonomi tu.. nanti merundum, susah nak naik balik..



Many things we need to think bila dah menginjak ke dunia baru ni.. # weh! cakap macam pakar lah joyah ni! orang yang tak nampak baiknya kahwin awal (macam aku) sure akan cakap .. "kahwin awal dah gatal lah tu!" okay, ni memang aku cakap dulu-dulu sebab aku tak nampak maslahatnya kahwin awal ni. baiklah! sekarang dah nampak..

"Mak, bapak.. nak kahwin awal jugak boleh tak?"
"Boleh boleh... kahwinlah. Mak tak larang.."
"Serius ke ni mak?!"
"Dah kahwin nanti jangan balik rumah dah ye.."
"erk.."

okay okay .. tau sangat dah tu. Mau mak aku bagi permission kat anak dia yang manja ni kahwin awal? Manja? euuww! Lahh, bukan hafe.. Kalau dah mak bapak kau tak bagi izin janganlah sesekali kau melanggarnya.. Mengundang kemurkaan Allah SWT kau tau..

kata-kata kak dena bahrin banyak bagi inspiration pada aku.. kata-kata yang sentiasa memotivasikan diri aku, semangat aku untuk terus berjuang dalam hidup. InsyaALLAH ..

PERNAH BERNIAT UNTUK TIDAK BERKAHWIN?

yes.. exactly . Memang pernah.. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari berbuat silap. itu AKU.. Macam yang aku katakan tadi, aku pun pernah menzalimi bercakap tentang mereka yang berkahwin awal.. yes, bagi aku diorang tu dah fikir masak-masak ke? dah cukup duit ke nak tanggung anak bini semua? dah cukup yakin ke nak kahwin awal gilaa tu? cukup dah ke persiapan dari segi fizikal dan mental.. lahiriah dan batiniah.. as fas as i know, tanggungjawab after uolls kahwin itu sangat berat~ ya. memang berat.. tapi, itu dulu . fikiran tak matang yang selalu pesimis terhadap isu
K.A.H.W.I.N M.U.D.A!!



okay, sekarang dah sedar.. baru dapat petunjuk mungkin. err, petunjuk kahwin awal ke dikk? bwahaha.. kak! adikk tak ada calon yang sesuai lagi. tak boleh kahwin pun.. berangan duduk atas pelamin sorang sorang tu boleh sejuta kali boleh kot. ehhee~

Bila dicari dan dikaji sedalamnya .. ya, kahwin itu indah~ seindah bunga sakura .. cewah! feeling feeling eiffel i'm in love pulak.. *u*

KELEBIHAN NIKAH
# saat akad nikah - dapat PAHALA
# suami peluk isteri - dapat PAHALA!
# cium isteri - dapat PAHALA!
# renung isteri - PAHALA!
# suami cari rezeki halal buat isteri - PAHALA!
# suami pegang isteri - PAHALA!
# suami bernafsu tengok isteri - PAHALA!
# suami marah isteri (utk menegur) - PAHALA!
# suami imamkan isteri - BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
# suami ajar isteri fardhu ain - PAHALA!
# suami kenyi-kenyit mata dengan isteri - PAHALA!
(segannya awuwuu nak taip .. ngeheheee~)

Memang manusia yang terpilih saja Allah bagi dia cubaan baru and at the same time beri dia bahagia yang tak terhingga kan .. semoga kak dena lebih success and dimurahkan rezeki lepas ni. Bukan takat bahagia, dah lah dapat mengelak berlakunya zina, elok-elok Allah bagi jadi yang halal.. Jangan dipilih jalan yang haram.. uikss.. akak dena memang penyuntik inspirasi aku untuk terus yakin merubah diri menjadi yang lebih baik dari yang baik dan menjadi yang terbaik dari lebih baik ..

Jadi segan pulak bila tengok pakaian kak dena.. akak still berfesyen and dalam masa yang sama still menutup aurah .. itu sangat ohsem!

Sebelum aku akhiri pembebelan aku untuk kesekian kalinya ni.. Aku sisipkan sedikit dalil buat kalian yang sudi menatap entri yang panjang ya amat ni..

Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

PENA COMEL N.N: Okay, sekian saja dari saya.. hambaNya yang masih mencari cintaNya yang abadi.. semoga tulisan saya kali ni dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana (dan aku sendiri) supaya KAHWIN AWAL! yeayy! bwhahaha~~ salam'alaik! Ya Tuhan! Berikan kami petunjukMu ..

***********************************
## entri terpanjang pernah aku buat rasanye .. =) alhamdulillah, lega dah. masa untuk tidur~ selamat malam ya akhi, ya ukhti, ya sohabah.. nak kaweng dah esok, mata tak boleh sembab sembab dikk.. alalalaalaaa~~

You May Also Like

3 Doakan Mawar AsSufi

  1. terjumpa e-book percuma yang bagus untuk orang yang nak kahwin… sharing is caring :) - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam

    ReplyDelete
  2. Kahwin muda mmg best lol. Alhamdulillah :) saya pun kahwin umur 19 n skrg 20 dah ada baby... Wuuuu happy sangat. Alhamdulillah :))

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Satu artikel yang menarik mengenai Kahwin Muda. Jemput ke blog saya untuk baca mengenai Kenapa Lelaki Takut Kahwin Muda? Jalalboy

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,