AFB COMMUNITY

Mari Puasa Di Bulan Rejab

by - 2:58 AM

>> Assalamualaikum.. <<
"Bulan Rejab dianggap antara bulan yang mulia kerana di bulan inilah berlakunya Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW."


Hari ni hari Selasa bersamaan 22 Mei 2012.. Di pagi yang indah nan sunyi sepi *bunyi cengkerik mari* ini, mari berkongsi sesuatu yang bermnfaat buat semua. Tentang bulan rejab.. Okay! aku pun bukan seorang pakar dalam bab agama ni tapi tak salah bukan kalau aku berniat nak kongsi sesuatu buat korang .. dan motifnya di sini ialah untuk menceritakan :

Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ini ialah :
   * PUASA (beberapa hari tidak berturut-turut)
   * SEDEKAH
   * BACA AL-QURAN
   * BERISTIGHFAR SETIAP MASA

REJAB MERUPAKAN SATU DARI EMPAT BULAN SUCI DALAM ISLAM?

Allah SWT telah mengurniakan 4 bulan islam yang 'suci' buat kita, para muslim .. Bulan-bulan itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab . Kenapa ? Sebab dalam bulan-bulan yang dinyatakan, umat islam adalah dilarang untuk berperang kecuali jika diugut. Dilihat dari perspektif logiknya lah kan, dalam bulan Zulhijjah (umat islam tunaikan haji), Muharram (digalakkan melakukan puasa sunat As-syura-10 hb Muharram).

Untuk pengetahuan juga banyak betul hadis-hadis yang dhaif dan mawdhu' dan telah tersebar .. maka, mereka yang buta ilmu agama macam aku ni tertipu dan mengundang aku untuk turut menipu .. ops, bukan sengaja dikk.. lepas ni perlu buat banyak research lagi ..

Aku sertakan sekali doa bulan rejab buat korang eh :




Niat puasa pada bulan Rejab ialah :

"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala."

"Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku." [surah Al-Zariyaat : ayat 56]

## Mari berpuasa sama-sama .. Kepada yang berniat untuk berpuasa esok, selamat berpuasa ya.. Permulaan buat Ramadhan tahun ni.. InsyaALLAH dipermudahkan .. *u*

You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,