AFB COMMUNITY

Selisih Faham Sikit Dah Benci Membenci

by - 7:02 PM

Salam'Alaykum ! hai hai ! *kenyit-kenyit mata .


Selamat berbuka . oh ya , belum masuk waktu lagi . tepat pukul 6.30 ni masih lagi setia menghadap lappy tersayang dan tercinta . tak perlu nak cinta sangat okay ! eh, guys dah beli makanan berbuka belum wei ? kalau belum pergi lah beli santapan untuk disantap pada setengah jam lagi .

entri ini ditaip selaju mungkin tanpa editing dari otak yang kecik ni kerana idea ini digenerate secara sangat pantas, spontaneously dan sangat mengarut pun boleh jugak . terasa rindu nak update je walaupun dalam otak, okay serius blank gila .. kau tahulah aku ni bukan banyak cerita nak share kat sini . rasa nak delete je tapi sayang ..

"nasib aku sayang kau, kalau tak lama dah aku jual kau kat dealer-dealer kat luar sana . Maka, bersopanlah kamu selagi saya masih punya rasa sayang terhadap kamu okay, bloggy .." weii, comel tak nama baru blog aku ni .. wuahaaha (-,-")

Ala, tak ada cerita pun nak cerita kat kau .. sebab tengah menahan senak perut ni . rasa macam kena tendang je .. ada orang 'hantar' kat aku ke ? eh tak tak ! saya bercanda kok pak ! Gini, nak cerita .. if korang duduk dalam tempat seorang kawan aku ni kan apa yang akan korang buat ?

Alkisahnya begini :
Dia jenis seorang yang susah sangat jatuh hati pada lelaki . tapi semenjak dah masuk u ni .. gatal dia dah menjadi-jadi . kahkah . dia sekarang dah terjatuh hati kat sorang lelaki ni .. okay, lelaki lah sebab kawan aku ni perempuan .. dah 3 sem diorang kenal . yang guy tu suka kat dia, same goes to her .. kira sama-sama suka lah ni cuma masing-masing tak nak mengaku . SEBAB ? sebab takut kena tolak .. omai omai, memang aku tak nak komen apa-apa .. tapi sekarang lain pulak jadinya .. Lelaki tu dah jumpa orang lain . WHATTHEFISH makhluk itu ? Manusiakah dia itu ? *sabar weh sabar !

so, kawan aku ni sedih gila tapi dia tak kesah sebab dia tahu lelaki tu memang bukan untuk dia .. ramai bagi dia semangat termasuk aku ..then sampai sekarang dia dengan lelaki tu still lagi keep in touch sebab masih anggap lagi lelaki tu sahabat dia . cuma aku selalu perasan benda yang dia lakukan untuk lupakan lelaki tu .


1- Delete number guy tu (tapi still ingat, tak ade guna delete pun kan ? ihihikk)
2- Buang gambar lukisan lelaki tu yang dia lukis . (tak buang, cuma simpan dalam kotak je)
3- Ignore bila bercakap dengan guy tu sebab taknak pisang berbuah dua kali. (patut ke ?)
4- Dah jarang turun jogging sebab selalu teringat pertemuan pertama diorang masa part1.
5- Tak benci lelaki tu cuma selalu berdoa supaya perasaan dia terhadap lelaki tu diambil Tuhan .. Dia redha.
6- Selisih pun buat-buat sibuk . (kejam sangat ke weh ?)

NOTA MAWAR : Sampai sekarang dia still sayang walaupun dia tak tunjuk . ish, serius tak berkenan aku nak mention sayang-sayang ni .. tapi, aku tahu dia sedih sebab dia selalu nampak lelaki tu dengan perempuan tu apatah lagi perempuan tu kenalan dia jugak . bukan salah perempuan tu, tapi salah dia .. sebab dia jatuh hati pada salah orang . am i right, sahabat ?

Jadi tak banyak yang awak boleh buat selain berdoa pada ALLAH semoga Dia kurniakan awak pasangan yang lebih baik dari dia, lelaki yang sanggup menerima kelebihan dan kekurangan awak pastinya .. lelaki yang akan menemani hidup awak senang mahupun susah .. lelaki yang pastinya akan menjadi imam di rumah awak dan insyaALLAH menjadi pembantu awak semasa di dapur .. ihikhik =D *tetiba rasa nak kawen. buleh ke ? kahkahh :' )

Wallahualam . Assalamu'alaykum .. Selamat berbuka uolls !!

You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,