LITTLE TRAVELLER #1 GUNUNG DATUK, REMBAU NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ..

Haii ! Seminggu tinggalkan blog . Sepi ! Sobss .. okay, kali ni tak nak jiwang-jiwang boleh ?

Special entry for this time is about my first experience joining a leadership camp . Noted! Not as a participant tapi sebagai fasilitator . Kalau join sebagai peserta tu selalu sangat dah .

Then, tanya lah aku macamana aku boleh terjebak dalam kancah tu ? 

Aiyaa .. Sebenarnya bestfriend dalam Group NP aku ajak . Nak-nak pulak aku tengah cuti, sementara still ada lebih kurang 2 to 3 weeks more . So, why not kan? Aku pun boring stay kat rumah without doing nothing right? So, ni kira orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu . ala, lebih kurang gitu lah .

Actually, aku pun surprise jugak bila mak bapak aku kasi pergi . selalu sebelum ni puas pujuk nangeh-nangeh rayu-rayu gojeng-gojeng sampai letih, merajuk mogok taknak makan, hentak hentak kaki konon protes leteww . Biasalah kanak-kanak ketandusan kasih sayang . HAHAA! Jawapan yang sama aku bagi kat kawan aku . Sedangkan outing dekat-dekat pun susahnya yaa ampunn .. Ni kan pulak nak join camp kat Negeri Sembilan . Kau ingat senang nak lepas ?

Dengan berbekalkan bismillah yang beribu beriban aku pun attack mak bapak aku slow-slow . Baru tanya ni . Baru bukak mulut ni . Baru nak 'aaa..' Terus bapak aku dengan konpidennya bagi izin . pheewww ! tak perlu susah-susah susun ayat . *nipu sangatt . kalau awal-awal tahu tak perlu kot buat skrip balik tabir weh . HEEE ~

Then on that day . Serius aku cakap eksaited telebih sikit lah . sikit je okay tak banyak pun . Fit lah, kata siap kul 12 . then dan siap .. tak sampai . siap kul 3 . then da siap .. pun tak sampai . siap kul 5 . then da siap .. ni serius aku cakap kalau dia tak datang jugak kul 4 tu . Aku punggah balik barang aku simpan dalam luggage nak balik kampus da.

Aku tak main-main kot . ahhaha .

Then, perasaannya kat sana . omaiGod! omaiGod! omaiGod! Seronoknya . Perasaan yang Allah je tahu . Entahlah tak tahu nak describe macamana . Just imagine , first time pun dikurniakan pengalaman yang mencabar and enjoy macam tu. Yes ! Enjoy tu paling penting .

Wait .. Ni barisan fasilitator yang pheuwww . Marvellos ! Haha :D

Finaz - Nurul - Ikin - Amin - Ain - Abg Mie - Masterchief Kami - Abg Wan - Yana - Nina - Fathul - Fitri  ( Boss - En. Anip )

Bagi aku lah kan .. Diorang memang sempoi and entahlah ! Serius sengal yang sakan . HAHAA . Aku pun dah termasuk angin dengan diorang . Benda tak lawak , tengok muka abg wan pun dah tegelak :D haihh serabot !



Bak kata Fit, masa camp dia lain . Aku dah expect pun dia memang akan lain . So, no wonder lah budak-budak suka dengan ABG FITRI . hee~ Well, Yana pulak .. Dia pun baik, senang 'masuk', comel, attractive .. Tang mana attractive tu, hang pikiaq sendiri . Finaz ? well, dia kawan sekolah . Dia pun senang masuk tapi masa camp dia tak banyak cakap sebab tak ada suara . Kesian awak Finaz .. Takpe, next time pastikan suara ada ya . Nina ! Yes, yang ni sorang lagi . Memang fasi yang cute aku rasa . Comel dia senyum . Baby face betul . Teringat dekat budak tadika yang aku ajar dulu . Muka seiras sangat .. Err, Nina ada adik kecik tak ? -_- Siapa lagi ? Ain? Takpe, aku dah kenal dia . Dia okay je . Baik . Tapi dia selalu ada je kat aku . Tiba-tiba rasa macam ibu kepada seorang anak yang hilang je . ehhee . Hmm , Nurul pun lebih kurang macam Ain . Dia senyap je masa awal kenal . Tapi, lama tu rupanya dia memang suka bercerita . Errr, memang orang yang senyap-senyap ni suka bercerita ehh sebenarnya? Hahaa .

Fathul and Amin ? Diorang pun sporting . Kesian kat Fathul masa drive balik KD . Dia tunggu kitorang solat sampai tertidur . AHHAHA . Fathul - Sorry . Kitorang memang nak bagi kau rehat . Tapi, tak tahu pulak Finaz tak inform kau awal . heh . Bahaya doe kau drive ngantuk-ngantuk . Kau bawak 4 nyawa weh .. Aku belum bagi cucu kat mak bapak aku lagi . BHAHAHAAA ! Abang Wan pulak ? Yang ni tak payah lah cerita . Semua tahu . Ada je yang nak membahannya . haihh tak faham aku ! :D Alaa, tak ada gambar en anip ! Abg Mie nak cerita ke ? Tak payah lah . Saham tinggi dah tu . Abg Mie nak tau? Ade sorang tu kan .. Ade fasi tu kan ..  Ehem-ehem kat abang . Habis lah abang ~~ Awuwuwuu . Muay Thai doe , dulu masa aku baru masuk UiTM aku cari club Muay Thai . Malangnya tak ada . Aku dah habis 4 semester baru diwujudkan .

Haaa, kau nampak tak permainannya tu ?

Then, eh ada lagi satu . Fasi lama . Aku ingat ni boss masa awal-awal dia datang walhal .... Ini Abg Khairul mata bolatt . Comel . Diorang panggil Mawi ! Eh, ada Ikin haruslah lah ada mawi . ada yana haruslah ada pierre andre . Tapi, mana pierre ? -_-' Ain kata dia macam something sikit . Something what ?! =O



Penatlah membebel . Biarkan gambar menterjemahkan segala isi cerita yang tersisip di dalamnya . HAH ! Choii ayat bajet skema .





How's feeling ? Hiking dah beberapa kali dah . Tapi, tak pernah-pernah sampai puncak . Asek-asek bila naik, cikgu cakap tak boleh naik puncak bahaya . Lecturer tak bagi cakap tak selamat . Then, selamat walafiat je mat saleh tu panjat . Siap turun sambil say hai hai bai bai lagi . How dare u mat salleh ! i kick u nanti Hiking di Gunung Datuk pertama kali . So, kali ni biar lah fit nak marah ke apa, aku tak peduli . Finally, aku pun sampai puncak walaupun bukan yang paling atas. ho yeahh ! Hebatnya kebesaran Allah kalau dapat tengok dari atas . Rasa macam nak stay atas tu je . Nak buat rumah pondok atas tu . Boleh? So suwit  :D.. Tapi, gilaa kau ? Sejuk sampai tulang Cik Som kau tau .

Nak rasa perasaannya? Silalah daki sendiri . Aku pun taktau kenapa aku naik tak stop-stop langsung . Padahal dah berapa budak tegur, 'akak tak penat lagi ke?' 'akak ni robot ke?' haha . Aku stop la jugak tanya keadaan budak-budak tu . Kesian . kecik-kecik dah pancit . HAH ! Choii sangat ayat tu . Kemain kembang punggung . okay, kebas !





Ni barisan cikgu SMK Cyberjaya yang iring students ni ke Gunung Datuk . Kalau tak salah yang tudung biru (Pn. Khairunnisa Mohamad - kaunselor) and yang dua dari kiri yang datang sekali tu . Yang murah dengan senyuman tu (Pn. Zawiyah - guru disiplin) kalau tak salah lah sebab ada jumpa dia masa nak setelkan bab skrip . oh ya, this time aku tak ingat kali ke berapa jadi MC . Tapi, berapa kali aku cakap kat yana yang aku cuma boleh conduct MC untuk formal je . Informal seriously tak confident . And nasib baik yana faham ..

Lagi satu cabaran bila jadi MC tanpa speaker . Pengajran kat sini - sentiasalah bersederhana dengan apa yang ada . Kita dalam hutan bukan kat hotel seploh bintang . So, di sini aku menyusun kedoploh-doploh jari aku untuk mintak maaf dengan pihak consultant (MHTWO SOLUTION) kalau aku jadi MC yang tak hape-hape that time . HAHAA . Laka-laka pulak bila ingat balik . Dah biasa suara slow sebab pakai mic then terpaksa dalam rela jadi MC tanpa mic . Memang suara aku kuat macam gajah panggil kawan-kawan dia kan . oyeah ! Memang suara aku 'kuat' sangatttt . Sampai boleh gegarkan Gunung Datuk tu kan . Choiii lagi . ahahahaa :D


Student SMK Cyberjaya yang sangat sporting and kiut ..

Tiba-tiba teringat masa jadi sentry untuk hari pertama diorang . First shift kalau tak silap masa tu pukul 2 pagi kot .. Aku dah lah tak tau nak buat apa . Ditambah dengan Ain yang garu kepala nak buat apa ni . Budak-budak perempuan tu pun sembang sesama sendiri . Dalam hati aku ni macam 'apa aku nak buat ni . Aku nak berbual-bual dengan budak-budak ni . Masa panjang lagi kottt. Sakai, takkan tercongok sini macam tunggul . Choii, tunggul pun tak macam sakai doe.'

Tiba-tiba nampak ada satu group student USIM lalu nak pergi belakang khemah budak-budak ni . 'Aihh, apa diorang buat kat situ?' Ain kata dia nampak macam ada budak perempuan yang ajak budak tu pergi situ . Tak sedap dah hati aku . Tu yang turun jumpa Abg Mie . Last-last dia buat round table pulak dia . Dah nak kena duduk situ jugak . Siapa la pulak yang nak handle qiamullail pagi-pagi buta ni . Ain ? Memang tak la kan . Senyap je dari awal . Nak tak nak aku kuatkan hati jugak . 'okay, jom adik adik . kita main sep sep tom tom nak ? Main teng teng ke ?' 'aishh, serabot la akak ni .' cepuk nak ?

Rasa macam kat camp aku tak banyak cakap lah . Rasa macam banyak betul aku simpan kat perot . Aiyaaa, tak seronok la weh . Susah betol nak adapt kat sini . Tapi, takpe . Aku belaja ! Aku boleh ! Then, kat sini lah aku kenal dengan diorang . Sembang sikit-sikit . Tanya-tanya diorang . Lepas jugak perasaan serba salah aku sebab denda diorang . Aku rasa macam tak kena lagi jadi fasi ni sebab ada rasa bersalah bila dah kenakan diorang, denda diorang . Macam dah buat jahat teruk sangat je kan walhal .... HAHA . Lepas tu Abg Mie sengih-sengih . Choii lah, terbantut nak bagi tazkirah pagi . HAHAA . Ada la sorang dua budak luahkan rasa tak puas hati diorang then aku pun dah mintak maaf bagi pihak fasi-fasi yang diorang tak puas hati tu. Antara yang diluahkan "ARAHAN YANG DITERIMA KURANG JELAS .." So, tang mana tak jelas tu .. hmmmm -_-'


Satu je harapan aku .. Yang buruk, tak elok, negatif .. Silalah tinggalkan kat Gunung Datuk . Yang baik dan positif je kita bawak balik . Sebab apa ? Sebab


KITA DATANG DENGAN HARAPAN,
KITA PULANG DENGAN KEJAYAAN .

Semoga budak-budak tu dapat input yang baik dan gunakan ia sebaiknya untuk diaplikasikan semasa sekolah nanti .

Siap ada yang cakap 'Rindu nak borak dengan akak pukul 2 pagi haritu .' aku pun ternganga. Bila masa lah pulak aku ada masa nak borak-borak dengan diorang . err ? Bila dia cakap tang aku mintak maaf tu baru ingat . 'oh, yang akak bebel-bebel panjang , macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri tu ?' HAHAA . oh, tu borak ya namanya ? hee ~

Tak apa .. Akak ajar, awak belajar .. Ingat ! BILA KITA JADI PEMIMPIN, KITA BUKAN SETAKAT MEMIMPIN TAPI KITA KENA RELA UNTUK DIPIMPIN JUGA ..

Begitulah alkisahnya .. Dahlah diary pun dah tulis sampai 5 pages, kat sini pun nak bebel jugak . Sakai !

Okay lah .. Assalamualaikum dan Wallahu'alam . Semoga jumpa lagi sayang semuanya . Doa akak sentiasa mengiringi awak semua .

Jom makan ubat . Dah bertahun tak demam macam ni rasanya . ceh ! bertahun terus tau . haha :D

Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

1 comment:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,