Kita Jaga Hati Orang, Allah Tolong Jaga Hati Kita

Assalamualaikum .

Most of my time berada di rumah selama almost 1 month ni adalah kemas rumah and masak. Oh ya, lupa nak bagitahu yang aku sekarang dah dianugerahkan dengan anugerah surirumah yang tersohor. hhehee . Tersohornyee kitee .

Selalu kan kita berada dalam situasi yang teramatlah genting *mcm Genting Highland sinun mana sini penting sana pun penting. Sini mak sana bapak. Sini abang, sana adik. Sini keluarga sana saudara. Sini sayang yang sana apatah lagi. Selalu kita akan diberi pilihan yang kadang-kadang memang tak mampu nak pilih. But, we need to choose. Yang mana satu pilihan terbaik.

Selalu sangat kita akan fikir perkara negatif once dah terpilih one choice yang tak mungkin dapat kita tarik balik. tulah, siapa suruh bagi pilihan. hahaa

What should I do? Otookee?

Kenapa aku mesti berada dalam situasi ni.

Apa yang aku dah buat ni?

Ya Allah, mesti aku kena pulaukan lepas ni.

Kenapa? Kenapa?

Aku dah buat keputusan yang salah. That's the negative thinking when we've decided what choice is the best among the best. Aku tak nafikan kadang-kadang aku pun fikirkan benda yang sama.

Kita pilih itu sebab kita terpaksa jaga hati orang di sini. Tapi, kita juga dalam keterpaksaan bila terpaksa rela memilih ini untuk menyelamatkan hati dan perasaan orang di sana.

SEBELUM = WHAT SHOULD I DO?

SELEPAS = WHAT HAVE I DONE?

Aku selalu berada dalam situasi berkenaan yang mana aku sendiri akan keliru apakah keputusan ini terbaik and aku akan jumpa jawapan terbaik adalah dengan melalui Allah.

Senior aku selalu pesan walau macam mana susah atau senang sekalipun ujian itu, jangan sesekali lupa adanya Tuhan kerana itu satu-satunya sumber yang mampu membantu kita kala kebingungan dan tidak ketentuan arah. Yess !

Aku akui.

Dan aku yakin, inilah pilihan terbaik dengan seikhlas hati. Redha dan pasrah dengan pilihan kita, jangan mengungkit benda yang dah lepas .. Buka hati untuk menerima semua itu. Kan itu semua ketentuan Allah. Lepas semuanya okay, then baru kita akan rasa lega dengan pilihan itu.

Well, bukan niat kita kan nak kecewakan pihak satu lagi. Dah bukan rezeki dia untuk dipilih, nak buat macam mana. Inshaa Allah, pasti ada hikmahnya yang kita tak nampak.

REDHA itu PERLU .. Apa yang penting ialah keikhlasan sesebuah niat itu.

Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datang dari aku sendiri kerana aku masih belajar.
Segala perkongsian buat peringatan sendiri dan sahabat semua =)

Assalamualaikum dan Selamat Malam !
Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,