AFB COMMUNITY

Bukan Manusia Sempurna

by - 5:07 PM

Assalamualaikum..

Manusia minta menjadi yang baik
Manusia minta menjadi yang bagus
Manusia minta menjadi yang terbaik
Manusia minta semua yang indah
Manusia minta semua yang memuaskan hati

Sedangkan kemampuan kita setakat itu. Maka, setakat itu sahaja yang boleh kita lakukan. Jadi janganlah kita meminta dan mengharap sesuatu yang tak mungkin terjadi melainkan keajaiban yang terjadi dengan kehendak Allah SWT. Kita bukan sempurna untuk melakukan itu semua. Kita manusia biasa yang banyak kekurangannya.

=D

Namun janganlah dengan kekurangan itu kita terlampau rasa diri kita rendah. Anggap saja kekurangan dan kelemahan diri ini sebenarnya adalah penguat dan kelebihan sebenarnya.


Ya! Di situ kekuatan diri kita sebenarnya.

Maksud aku kat sini. Dengan berbekalkan semangat rendah diri, kekurangan dan kelemahan yang kita ada akan membantu mendorong kita untuk terus bangkit, maju dan mencuba sesuatu yang belum pernah kita lakukan. Biar ia menjadi satu kelebihan dalam kekurangan hidup kita.


 Aku tak sempurna, kau juga. Tiada siapa yang dapat memuaskan hati manusia lain di bumi ini. Jika kita lebih pasti akan ada manusia lain yang iri hati dengan kelebihan kita. Manusia mana-mana pun pasti ada perasaan dengki dalam hati mereka.


Tak kurang juga aku. Aku pun manusia yang tak lari dari sikap hasad dengki.

-_-'

Bezanya samada manusia itu berjaya mengawal emosi dan perasaannya daripada terus mengikut hawa nafsu dia ataupun tidak.


MELODY : Aku sekadar berkongsi pandangan. Aku masih cetek ilmu tentang agama tapi aku berusaha, aku cuba perbaiki kekurangan diri. Doakan aku :')

Assalamualaikum dan Wallahua'alam...

You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,