Nov 2, 2013

Beautiful Plan For Beautiful People Like Beautiful You

Assalamualaikum..
Hidup ini tak pernah jauh dari perkataan JATUH, BANGUN, MENANG, KALAH, GEMBIRA dan SEDIH. Aku juga manusia biasa yang ada perasaan yang bermacam. Aku juga ada jatuh bangunnya dalam hidup bergelar seorang PELAJAR.

Aku belajar, tetap belajar dan masih belajar. Alhamdulillah, rezeki Allah kurniakan masih ada dan masih luas terbentang depan mata aku untuk aku hadap. Sikit aku jatuh, aku cuba bangkit dan tabahkan hati sertaka cekalkan hati aku walaupun kadang-kadang aku pun kalah pada perasaan. Sebab aku cuba belajar untuk sedar yang semua ini pinjaman Allah. Kelak kalau aku mati, pada siapa aku kembali? Pada siapa kita akan kembali? Benar, ALLAH. Maka, terbuktilah.

Menjadi seorang WINNER banyak buruknya dari baiknya, bagi akulah.
Menjadi LOSER sometimes banyak baik dari buruknya, aku rasalah.


Kenapa cakap macam ni?
Kenapa?



Kebenarannya, setiap orang pernah lalui peristiwa yang bermacam-macam, I guess. Ini semua rencana Allah SWT. Allah buat sebuah perjalanan hidup yang sangat unik untuk setiap seorang hambaNYA.

Jangan Ragu. Jangan Gusar. Jangan Was-Was.

Kadang-kadang yakin itu perlu. Redha itu harus. Ikhlas itu mesti. Sebuah kisah atau cerita yang direncanakan khas untuk kita itu tak semestinya dapat memuaskan hati kita. Sedikit sebanyak ada juga rasa tak puas hati kan? Betul kan? -_- Jangan tipulah. HEEE

Aku tak nafikan sebab macam aku cakapkan tadi. Kita manusia biasa. Kita bukan Tuhan. Yang mampu mengubah susur galur sesebuah cerita hidup itu. Tak ada kata lain yang dapat aku gantikan. Hanya REDHA dan IKHLAS. Hanya itu. Aku yakin. Dengan cara itu, Allah pasti akan campakkan setitik rasa sabar dan inshaAllah kita mampu terima kenyataan tentang perkara yang kita tak suka tu.



KOSONGKAN FIKIRAN.
CUBA REDHA.
CUBA MUHASABAH DIRI.
BERDOA.
IKHLAS.
InshaAllah, kita akan mampu TERIMA dengan HATI TERBUKA.



Aku bukan omong kosong okay -_-'


Sebab aku tahu dan aku selalu hadapi rasa ini. Kerap kali dalam hidup. Serius tak tipu. *angkat tangan pura-pura ikrar

:') Aku cuba redha.


Allah sebenarnya tengah uji aku.


Apakah aku mampu bawa tanggungjawab ini dengan kemampuan yang aku ada?
Apakah aku layak? Apakah aku boleh?

Ya. Kadang-kadang aku pun lemah dan selalu jatuh. Mak aku selalu pesan. Ini jalan hidup aku. Bukan orang lain. Ini pilihan aku sedari awal, maka teruskan. Jangan mengaku kalah. Mana ada benda dalam dunia ni yang tak ada cabaran? Nak cabut gigi pun ada risiko whatAku cuba! Aku cuba bangkit terima cabaran untuk menghabiskan pengajian aku kat UiTM ni. Aku yakin dengan berkat doa ibubapa dan sokongan padu sahabat-sahabat aku. InshaAllah, aku mampu. Bi Iznillah. Aku harapkan yang terbaik dariMu Ya ALLAH.

Aku pernah rasa BAGUS dan aku LEKA. Dari situ Allah uji aku. Bila seringkali bagus, once Allah tarik balik pinjaman DIA. Aku terkapai-kapai. SEE! Aku LOST! Ini bukti orang RIAK. Haa, macam aku ni lah. Yaa, aku tahu. Betapa jahilnya aku dulu.


Ya! Aku jahil! *jerit dalam hati sambil hentak kepala


Aku leka dengan kurniaanNYA. Aku jadi RIAK. Tapi, kini Allah benar-benar nak uji kemampuan aku. BUKTINYA --> Dua sem ni aku dipertanggungjawabkan memegang jawatan dalam persatuan di UiTM. So, pelajaran makin terumbang-ambing. Aku akui. Nyawa-nyawa ikan dah, rasa nak mintak terus dihanyutkan dalam laut je kalau boleh. HAHA

Tapi itulah. Aku rasa inilah hikmahnya. Allah nak aku berbalik pada jalan yang benar. Allah nak aku ingat siapa pemberi rezeki dan rahmat padaku selama ni sebenarnya :') InshaAllah. Jika diizinkan aku mahu terus berada di landasan yang benar. InshaAllah. Semoga diperkenankan doa ini Ya Allah.


Doakan niat aku diperkenankan Illahi dan aku mahu menjadi muslimah yang sentiasa berniat ikhlas dan berfikiran positif. InshaAllah. Aamiin.

Biar kita buruk sekarang inshaAllah baik di kemudian hari manis rasanya.

Ingatlah! Allah itu ada. Dia sentiasa ada di waktu hambaNYA susah mahupun senang. Dia tak pernah lupa pada hambaNYA tapi hambaNYA yang leka dengan keberadaanNYA dalam hati kita.

MELODY : Allah dengar doa yang kita titipkan padaNYA. InshaAllah.

Wallahua'alam dan Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...