AFB COMMUNITY

Tips interview. Just for beginner :D

by - 9:51 PM

Assalamualaikum Cinta!
Jawablah Waalaikumussalam Rindu. Amboihhh! ^_^


Siapa yang belum sempat tengok tu. Meh meh sini.

PREPARATION FOR INTERVIEW
CARI KERJA ONLINE



Kali ni nak story pasal pengalaman IV nya. Okay, sekarang ni rasanya macam dah sampai waktunya untuk pasrah. Aku redha jelah result IV last week dapat ke tak dapat. Lusa final day company tu akan call. If not, then kita try cari lagi. Jujur lah, bukan aku tak ikhtiar cari alternatif lain. Ya, aku dah cuba bermacam tempat. Dapat call datang IV semua. Then aku yang tak dapat datang walhal post yang aku mintak semua tu sama. Tak account assistant, account clerk.

Cumanya .. Entah. Hati macam dah terlekat kat company tu. Tapi, takpe. Kita tunggu. If still no response, then that's it. Say bye bye. HEHE

Okay nak ceritanya kat sini. Masa nak mula-mula masuk bangunan tu pun dah terjadi kejadian memalukan. Yang ni aku tak cerita kat sesiapa lagi. Otokeee? Sangat memalukan dan dimalukan. Betapa aku degil dan keras kepala untuk berdikari sendiri. Just imagine dari tak tahu naik lif dah pandai dah sekarang. Bukan tak pandai cuma tak pernah diberi kesempatan untuk belajar. HOW PATHETIC right? -_-'

Okay. Kita sambung masa IV terus ya. Sangat berjelos-jelos kalau aku yang taip.




Okay, at first masa masuk tu. Aku pastikan semua yang aku kaji dalam google, youtube tu semua aku apply. And yes! mostly aku apply cuma satu. Don't you ever ever jawab soalan your future employer sambil mata melilau kanan kiri dan menggoyang-goyangkan kerusi. But, me! I do that!!


Seboleh bolehnya kurangkan pergerakan masa IV tapi aku.. Lantaklah kalau dah nervous. Gilaa laju mengalahkan train aku jawab soalan interviewer. In English bhaiii! Tak lama lepas tu, agaknya dia nampak aku tak senang duduk kot. Tu yang baru cakakk malay. Lepas tu baru agak santai-santai gitu. Saje nak testing aku leteww -_-'

INPUT :
1. Introduce yourself (Family background, Education background, Work Experience background and other  thing that you want to highlight about you)
2. What is your 5 years future planning? Amekkaw!
3. Belek sijil and resume. Mana yang menarik minat dia, dia akan tanya detail.
For me, aku kasi sijil akuan sekolah dulu, pengakuan sebagai MPM, sijil penyertaan Entrepreneurship Programme, sijil LCCI masa SPM and beberapa lagi. Result MUET jangan lupa ya.
4. Question for us? (Ini wajibulghunnah. Kau tanyalah apa-apa kau nak tahu pasal company ke pasal etika ke pasal working hours ke. Anything. Waktu ni ya)

And beberapa lagi lah soalannya. Aku lupa dah.



Tapi, selalunya yang aku baca input dia gini. Lain interviewer lain lah style dia kan..

1. Introduce yourself (Family, Education, Work experience background)
2. Kenapa berminat dengan post ni?
3. Apa yang awak tahu tentang company ni? Apa main business company tu?
4. Apa yang boleh awak sumbangkan untuk company ni?
5. Kenapa awak rasa awak layak untuk post ni? (Time nilah kita kena jual diri. Not 'jual diri' tu tapi promote dan naikkan saham diri in terms of amik kau sebagai untuk post yang diapply tu)
6. Question for us.

Itu saja dari aku. Because I am a beginner too. FYI, ni second IV aku untuk real life. Kalau total up semua IV aku pergi including masa zaman U, kira ni baru 4th IV aku.. Aku teringin nak pergi IV banyak lagi macam member aku. Kalaulah dah ada kereta sendiri kan -_-' *belum rezeki.



Assalamualaikum dan Wallahua'lam. Wish me luck okay! Pray for me untuk result 9 May 2014 ni. Nervousnya. Result final terrr ... Semoga semuanya baik-baik belaka :)

You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,