Jom Singkap Sejarah & Misteri Kellie's Castle

Assalamualaikum.

Hai ! Sorry sebab bertangguh entry sambungan ni. Serius memang tak sempat.


Ohyaa, sambung stori aku sebelum ni, kebetulan masa kitorang dah on the way balik KD. Kawan aku menggatal cerita pasal sejarah Perak. Kuala Kangsar lah, kilang buat kapur lah, Sejarah Ipoh lah, sejarah matriks dia lah. At the end of the day, cerita pasal Kellie's Castle. Itu yang aku eksaited nau nak pergi tu. Actually tidaklah eksaited sangat cumanya aku fikir, bukan selalu aku datang Perak  >_<



FYI, sehari sebelum bertolak ke Perak. Aku surf sepanjang hari okay about Perak. Believe or not, aku nak pergi Istana Billah, Papan. Zoo Taiping. Night Safari. Gua Tempurung. Bukit Larut paling nak ! Terowong Gelap kat Padang Rengas pun okay juga! Kelip-kelip Kg Dew (tapi, kena malam). Muzium Perak. Hahaa ! Too excited isn't? Yang sedih nak nangis-nangis sebab tak dapat Laksa Kuala Kangsar. Tak tau naaa sedap ke tidak. Tapi, nakk! #nangisberhingusshingussan



Its okay! Takpe, nanti aku pergi lagi dengan orang lain. Cari Laksa ni haaaa, baru korang tau yang aku dah makan Laksa tu. Pfffttt ^_^ And Cendol Taiping! Eh, apa beza diaaa? Tak kira, nak jugak. #nangis lagi. HAHAA!


Semangat kan nak pergi merata-rata. Nak buat macamana, nak ke rumah pak mertua, dia tak ada. Melawat negeri mertua pun jadilaahh . Pffttt >_< haloooiii halooii .


At first, macam nak hujan, so fifty-fifty nak pergi atau tak. Haha, so si lelaki call, bagitau yang dah hujan ni nak pergi juga ke? Gaya macam aku tak nampak dah hujan kan -_-' and lastly, aku decide! Nak pergi! Tak kira tak kira tak kira! Nak jumpa Kellie harini juga. Dia dah wasap and inform dia nak siap buat makanan sesedap kat rumah dia. Ehh >_< 





And taraaaa.. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Berkobar-kobar hati ni nak masuk sebenarnya. Dah lama tak ziarah ke 'rumah-rumah' bersejarah  macam ni katakan. pfffttt ..








Inilah istananya. Cantik tersergam indah. Secara umumnya, sejarah mengenai Kellie's Castle ni from one of my best friend, Lin. She told me that this castle quite similar to Cinta Taj Mahal's story. And aku interested sebenarnya after dengar tu cuma tak terlalu fokus mendengar keranaaaaa ... Sibuk mengambil gambar dan uhuukkkk.. (>_<) berselfieee pun boleh.. Teruja katakan! HAHA




Personally, aku tertarik dengan keunikan seni binanya. Kalau kita tengok secara luarannya, sure kita akan nampak senibina Inggerisnya terserlah. Aku tak pasti dari ceruk mana dan dari angle mana, tapi aku yakin 100% yang ukiran ini memang idea 100% idea Inggeris. Itu pendapat aku sendiri lah.






Di sini aku nak review sedikit sebanyak tentang sejarah Kellie's Castle ni (kalau tak ada sebab, tak rajin nak study. Mihmihhh)





Siapa William Kellie Smith

William Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Moray Firth, Dellas, sebuah kawasan tanah tinggi di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani, beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890 (Utusan Malaysia, 22 Januari 2008), sewaktu berumur 20 tahun, William dikatakan telah merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya,  beliau bermula sebagai jurutera awam dengan mendapat kontrak selama 2 tahun dengan kerajaan kolonial bagi membina laluan keretapi ke sebuah kuari batu yang baru dibina,malangnya projek ini mempunyai masalah lalu beliau terpaksa menghantikannya. William seterusnya membuat usahasama dengan seorang kontraktor, Charles Alma Baker bagi mengusahakan projek membina jalan raya di Perak.

Pada tahun 1903, William Smith terpaksa pulang ke Scotland bagi melawat ibu beliau yang sedang nazak, dalam perjalanan pulang inilah beliau bertemu bakal isterinya, Agnes. Setelah kembali semula ke Malaya, William telah menambah nama “Kellie” pada nama beliau, dan mahu dikenali sebagai William Kellie Smith. Nama “Kellie” adalah bersempena nama ibunya selain mengahwini Agnes. Agnes merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau, Agnes dikatakan bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 pound.


Secara umumnya, aku paling berminat dengan ukiran seni binanya, bilik yang pelbagai, ada terowong rahsia. Dipercayai ada terowong rahsia tu menuju ke tiga tempat iaitu ke kuil Hindu (500m dari istana), ke jalan keluar dan lagi satu tidak dapat dikenalpasti menuju ke mana cumanya baru diketahui semasa ada kerja-kerja penggalian oleh JKR pada 2003 secara tidak sengaja.







Dan kalau dari namanya saja kita dah tahu yang ini memang istana tak siap. Terbengakalai. Maka, ciri-ciri keselamatannya juga tiada. Jangankan pintu, pagar pun tak ada. Harapkan warning kat bawah kasut tu je. Haha!


Bangunan tak siap colour kuning tu rumah kellas dan ia sebagai rumah untuk diduduki dia bersama keluarganya.



Beginilah keadaan dari atas istana ni. Eh tak! Belum atas lagi ni. Serius time ni kaki aku dah tak larat even bukannya aku yang drive. pfffttt.. Nak sangat joging semalamnya kan. Esoknya seharian berjalan tak ingat dunia. Sampai pukul 1 pagi kauuu ! Haaa, elok sangat anak dara merayau sampai ke pagi buta. HAHAAA . Elokk! Boleh dibuat bini gini.




Haaaaa ! See! Ada atas lagi bukan ? Sat sattt, nak naik atasss neehh :D Alaaaaa, gambar kat atahh selpiieee jo hadoo. hahaa



Yeay ! Selamat hari merdeka uolss ! 



Haaaaaa.., Di sepanjang panjang koridor inilah yang dikatakan roh seorang lelaki berbangsa Eropah merayau-rayau seperti meninjau dan memerhatikan keadaan istana.. Hooo ? 0_0 Adakah Tuan Kellie? Wallahua'alam.






And waktu untuk balik. Aduuhhh, berapa kali ajak dah aku ni, diorang ni tak nak balik ke? Bunyi bell dah tu kot.. ! Saborr je nehhh >_<



Paling tak boleh blah , siap ada pre-wedding photoshoot. Karang adoo haaa gambar yang tahh apa-apa dalam gambar tu haaaa, baru tau. Hehee


Credit to Kitab Tawarikh. Best baca sejarah kat sini. Nora bagi 5 bintang ^_^ pffttt



Eh, rasanya belum habis lagi kuttt perjalanan kami pergi dan balik dari Perak. Hoooo? 0_0 Apa yang terjadi? Pffttt..


Assalamualaikum dan wallahualam. See you.


Unknown
Unknown

A lifestyle blogger who is very passion in accounting field. Love hiking and wish to travel and explore a whole world. Still a newbie in hiking world but wishing to be serious to hike in future. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,