AFB COMMUNITY

Konvoi to BFF's Wedding. Barakallah :')

by - 7:48 AM

Assalamualaikum..

Sebelum terlambat atau ketinggalan. Dan atau sememangnya tak wujud istilah lambat dalam mengucapkan selamat hari kemerdekaan, aku nak juga mengucapkan salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia yang menyambut Hari Merdeka ke 57 semalam.

Kenapa baru hari ni?


Sebab semalam belum sempat dan sumpah tak larat nak update. Since sehari suntuk berjalan je kan. Wedding best friend ever katakan. Haa, amekauu .. Dari pukul 4.30 pagi aku bangun sampai pukul 2 pagi baru aku sentuh katil, sentuh bantal, sentuh selimut. Sekali sentuh, huh nikmatnya! Errr, nak topup tidur semalam boleh tak? Ngantuk >_< haha



Ini lah pengantinnya. Shafiq and Rakna. Hai Rakna! Welcome to our family, Rakna! Jangan malu-malu okay. Bak kata Syahira. Kita satu family, and kitorang sporting jerr. First time jumpa Rakna, aku dapat rasakan Rakna mampu melaksanakan tugasnya sebagai isteri kepada Shafiq dengan sebaiknya. Aku yakin Rakna mampu dan inshaaAllah akan kekal ke syurga sana. Amiin. Ohh, sayangnya member kitorang ada yang tak dapat pergi. Sayangnya, kalau tak mesti diorang pun turut sama nervous sama macam kitorang kat R & R Rawang malam tadi.

What happened? Tunggguuuu ........ :)




Bak kata Ain, aku sangat semangat dan over excited. Why? Sebab bangun awal sangat. Hahaa. Tapi, aku taknak lah bangun sorang-sorang kan. So, ain mangsa aku. Haha! Seawal 4.30 pagi aku call dia. Nasib nasib .. It's okay. Nak buat breakfast punya pasal. On je! Dah macam nak berpiknik je rasa. Mihmihmih .

Then, ain pick up kitorang one by one. Nak atau tidak. WAJIBULGHUNNAH ! Kihkihkih. Perjalanan ke R & R Tapah tersangatlah lancar. Sampai ada satu masa tu, kitorang perasan ada se Satria macam follow kitorang. Kitorang ke kanan, dia kanan. Kitorang ke kiri, dia kiri. Haha, saja mencucuk driver kitorang tau korang ni. Sabor je laaa..




Aku ni IC je bajet kelahiran Perak. Tapi, apapontakbleh. Mihmihmih. Here is Tapah ! Cantik design merdeka yang diorang buat ni. Creative and unique. 



Alhamdulillah sempat berselfie bersama sambil MENUNGGU SI JEJAKA-JEJAKA yang entah di mana tu. Hahaa. Serius! Betul-betul mengisi masa lapang wei. Sementara menanti, satu-satu buah kitorang santap.. Diet mungkin. Pfftttt .. Buah je pagi-pagi kan. #Ohh biasa lah. Jaga badan ^_^

Bila SI JEJAKA-JEJAKA HARAPAN MALAYA tu dah sampai. Baru nak plan buat muka panas je.. Tak boleh tahan si Zul ni. Haha. Bajet comel pulak diaa! Puiii :p


Then, let's go ... to .. K.A.M.U.N.T.I.N.G , Perak meyh .




Personally, aku ada sediakan ucapan sikit untuk shafiq. Dalam wishes card tu, limited sangat lah space nya. 10 Orang kan. Memang 'cukup' lah. Haha.




" Assalamualaikum,

        Mohd Shafiq Redzuan bin Puasa .. First of all, congrates atas keputusan yang tersangatlah besar ini. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam kau ni main-main. But, in fact. Kau berjaya buktikan pada kitorang semua sebenarnya kau memang matured. Since from zaman sekolah kita lagi. Aku tahu tu. Aku jarang nampak kau join NP Unite keluar berfoya-foya (since aku pun memang jarang keluar dengan diorang dari sekolah dulu lagi. Heee) Personally, aku yakin dengan keputusan kau ni. Aku yakin dengan kemampuan kau untuk memimpin sebuah keluarga.


       Tiba-tiba rasa sebak lah pula. Haha. 2014 sudah. Kalaulah kita mampu kembali ke zaman dulu, aku sangat-sangat yakin yang aku akan menangis terharu sebab masa 2010 dulu , kau tak tahu yang kau akan menamatkan zaman bujang kau pada 29 Ogos 2014. Allah dah aturkan pertemuan kita sebaik-baik pertemuan. Allah dah tentukan perjodohan kau sebaik-baik perjodohan. Dengan jodoh sebaik-baik jodoh :') 


      Ish, aku ni complicated betul lah :') Sedih walhal kau kahwin je pun kan :') Haha ! Jujur dari hati, kitorang NP Unite yang perempuan selalu sembang-sembang, siapa yang akan memulakan langkah ke step seterusnya. Sekejap-sekejap Ain, pastu Syira. Yang sure lelaki, aku dapat rasa kau yang akan start. Tak sangka instinct aku kuat. Haha! Nak aku rasa-rasa tak siapa yang akan follow kau lepas ni? Mihmihmihhhh :D


      Shafiq, semuda 21 tahun, kau dah jadi suami orang. Tanggungjawab kau bertambah lepas ni. Komitmen kau lebih lepas ni. Kau kena fikir bukan setakat diri kau, parents and adik-adik kau tapi isteri kau. Itu satu kewajipan dah bagi kau sekarang. Aku doakan yang terbaik untuk kau dan keluarga baru kau. Eh, ke keluarga baru kitorang jugak? Hehee. Ada kakak ipar dah laaa ni :) #sedih lagi. adeh -_-' hahaa. Aku tahu aku tak rapat mana dengan kau. Cukuplah sekadar Tuhan tahu yang aku sentiasa support kawan-kawan aku especially NP Unite ni. Believe me :') Aku sentiasa sokong kau walau macam mana pun. Sebab aku confident dengan kemampuan kau untuk memimpin Rakna dalam memacu sebuah keluarga yang sakinah. Semoga bahagia akan mengiringi perjalanan kehidupan Shafiq and Rakna lepas ni.


       Untuk korang dua. Kalau bergaduh sikit-sikit tu, harapnya dapatlah diselesaikan dengan tabah dan tenang ya. Tak mampu nak lebih-lebih sebab belum kahwin lagi. Hehee


Salam sayang dari sahabat,
Ikin tinggi (rindu bila shafiq panggil ikin tinggi semalam sebab dah bertahun lamanya baru didengar balik. Nak nangis rasa :'( . No no no ! U need to be strong. Mereka akan bahagia! Trust them :) *takmo jealous ye Rakna. Kita family dah kan :)






Semoga bahagia sahabat :') takmau sedih dah :) Cool ! Haha.

Assalamualaikum dan Wallahua'alam..

You May Also Like

2 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,