Mar 16, 2015

Kalau cakap soal hati . Aku tak mampu .

Assalamualaikum.

Kalau cakap soal hati. Semua tahu apa yang aku akan jawab.


'Hahaha.' That's the answer.


Walaupun itu tak cukup memuaskan hati semua orang. Itu jawapan aku. Apa jawapan yang semua nakkan? Apa jawapan yang semua harapkan? Yes ? Or no ? Ada ? Tak ada ?


Biarlah semua orang rasakan yang aku belum cukup matang untuk menilai apa itu erti cinta manusia. Kalau cakap soal pasrah, redha. Lama dah aku redha. Lama dah aku pasrah. Bukan bermaksud tak mencari atau selalu memilih. Biarlah yang selayaknya tentukan bagaimana aku dan hamba lelaki itu bertemu.

Memilih? Perempuan mana yang main sauk je lelaki mana-mana yang entah siapa-siapa untuk jadi pasangan sehidup semati dia. If ada sekalipun, entah. Rezeki dia mungkin.




Betul ! Ujian yang dia kasi bila hati kita rapuh pada seseorang insan itu. Saat gembira, saat terluka. Ujian itu mematangkan diri. Dan Allah sedang menguji kita, hambaNya. Allahu :'(



Hati rasa tak sanggup mengenang yang Kau selalu menguji hati aku pada seseorang insan itu. Serik dan sakit. Itu ujian biasa. Ujian itulah yang membuatkan aku sedar, betapa murahnya hati kita :(


Kalau dulu zaman muda-mudi aku boleh cakap yang aku pun macam remaja zaman sekarang. Aku pun pernah remaja, ada nafsu nak bercinta, keinginan berpasangan itu pasti ada. Tapi, rasanya Allah lebih tahu mana yang baik untuk aku, mana yang tak baik untuk aku. Semakin aku dewasa, aku semakin faham dan tahu yang Allah sangat mulia kerana menjaga hati aku daripada terluka. Maka, Dia menjauhkan aku dari mereka yang berkenaan. Sesungguhnya perancangan Allah tiada tandingannya.



Kahwin. Sedangkan hati nak sentuh soal cinta manusia pun dah minta jauh inikan pula kahwin :'(

Bukan menolak untuk ke dunia perkahwinan. Hanya belum cukup bersedia untuk menerima kehadiran hamba yang mampu mengganggu gugat nawaitu aku yang utama.



Siapa pun bakal imam itu. Aku pasrah. Jika nawaitu aku ditunaikan. Aku juga akan tunaikan janji aku. Sekalipun tak berjodoh di dunia, Allah tahu mana yang selayaknya buat kita hamba-hamba Nya.




Berharap semoga hati tak terus rapuh dalam mencari redhaNya.


Allah sengaja menduga dan menguji manusia di tempat yang paling rapuh iaitu hati supaya kita sedar, ingat dan dekatkan diri pada Nya.


Assalamualaikum. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...