Mar 16, 2015

Mohon jaga hatiku & mohon jangan rapuh

Assalamualaikum.


Mohon peganglah hatiku untuk 4 tahun ini. Mohon sungguh-sungguh. 4 tahun, jangka masa yang sekejap walaupun terasa lama. Mohon jangan pulangkan hati ni selagi aku belum mencapai apa yang aku inginkan. Dan mohon jangan ada hati yang datang mengetuk pintu sebab pintu dah dikunci dari dalam. Kunci pula pemiliknya dah pegang. Kalau nak juga, mohon datang berjumpa pemilik utama dan memohonlah secara baik..




Allah. Sekalipun Kau benarkan dan Kau mahu pulangkan hati itu, mohon agar hati aku kuat menerima segala macam pancaroba dalam kehidupan yang mendatang nanti.


Aku belum cukup bersedia. Bagilah aku waktu sendiri lebih lama. Sebab aku masih nak cuci dosa aku yang banyak ni. Tak terhapus lagi dosa lampau aku :'(


Cuma satu, jagakan hatiku untuk waktu ini.

Assalamualaikum. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...