Apr 14, 2015

Hati tak sekuat Siti Hajar

Assalamualaikum.






Langit gelap di atas. Ku dongak melihatnya dari celah jendela. Malap malam ini. Sempit pula ruangnya. Gelap sungguh aku rasa. Seperti tak mampu bernafas dek kesempitan itu. Macam ni ke rupa ruangan hati aku selama ni?

Tak pernah puas hati aku merintih. Tak pernah cukup air mata ni jatuh. Melihat kembali siapa aku di masa dulu. Siapa aku dulu? Janjiku pada diri biar Dia satu-satunya yang tahu. Biar janji ini terpatri dan aku berjanji .



Satu hari pernah aku sungguh-sungguh menangis. merintih. kesal. Hanya Dia yang tahu. Betapa hati ni sangat-sangat .. Tak tahu nak terang macamana perasaan ni. Dia jualah pemberi satu rasa ni. Rasa betapa hinanya hidup seorang aku pada Pencipta.

Kak Ahlam pesan "Adik... :"( Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani adik.. Adik buatlah solat sunat taubat. Solat sunat hajat. Solat sunat tahajjud. Kak Ahlam faham situasi adik. Tapi ini berkenaan hutang kita pada Allah. Yang dulu perlu diperbaiki. Yang salah perlu dibetulkan. Tak ada cara lain sebab kita hakikatnya hamba yang berhutang pada Dia. Sebaik-baiknya kita sebagai manusia memang kena solat sunat taubat setiap hari, taubat pada Dia."

Rintihan ikhlas itu perlu.


"Adik kena bersyukur sangat sebab Allah dah jentik hati adik untuk kembali kepada Allah sebelum adik terus hanyut sampai nyawa ditarik dari jasad." "Allah ." "Mungkin ini saat Allah tunaikan doa ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan baik, ustaz, ustazah yang mendoakan adik supaya Allah bagi taufik untuk hati kembali bertaut kepada Allah."



Ikhlas.


Dan kuat.



Mohon doakan aku kuat. Aku juga doakan semua yang membaca diberi cahaya dalam hati masing-masing. In shaa Allah.

"Adik, walau jahat ke buruk ke macamana sekalipun, kita tetap berada bawah taklukan Allah. Hanya Allah saja yang boleh bantu adik. Masa adik berdoa, minta lah Allah tetapkan hati adik di jalanNya. Minta Allah bagi istiqamah dalam hati adik pada landasan yang betul. Minta Allah cambahkan iman suburkan taqwa agar adik jadi wanita solehah."



Aku mahu kuat seperti wanita lain. Walau siapa pun aku dulu, aku mahu terus tabah dan kuat walau aku sedar diri lemah ni tak sekuat Siti Hajar :'(



Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...