AFB COMMUNITY

Kehilangan. Allah ganti yang lebih baik. Masa memainkan peranan waktu ini.

by - 11:04 PM

Assalamualaikum.

Tak akan pernah kita rasa kehilangan sampai satu masa kesayangan kau tinggalkan kau. Sampai hati tak punya rasa. Sampai hidup tak berguna. Sampai nyawa minta diambil sekarang juga.

Nauzubillahi minzalik. Minta jauh.


Aku manusia juga. Biasa. Lumrah gadis mentah macam kau semua. Pernah rasa macam-macam yang kau rasa. Aku pun pernah leka. Pernah terbawa-bawa perasaan. Jangankan dulu, sekarang masih juga ada sekelumit rasa itu. Ini yang kita katakan fitrah. Akak usrah aku pernah sampaikan yang jangan sesekali kau menidakkan perasaan itu. Jangan membenci kelak makan diri.

Jujur. Kata-kata dia betul-betul sentap.

Okay, ini betul-betul dari hati. Kalau aku mengaku dulu aku pernah benci sebut perkataan cinta. Kira macam kalau aku dengar perkataan ni je, hati aku semacam tak suka. Aku nak pergi jauh-jauh dari tempat tu. Walhal benda simple je. Tak tahu kenapa. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak pernah admire kat orang kan. Alaa, budak-budak sebaya aku dulu memang suka admiring-admiring ni. Budak baru nak up giteww ^_^






Keadaan ni jadi berlanjutan sampai aku further study di UiTM. Plus minus classmate aku majoriti perempuan. Lagilah heaven life aku. Kalau ada pun, mampu sangatlah dikira dengan jari. Sorang dua je. So, macamana aku communicate dengan lelaki-lelaki yang bukan sekelas aku? Siapa cakap aku tak ada kawan lelaki? Siapa cakap -_-' ? Ciss!

Ada. Kita kenal dalam kelab lah. Kita berurusan kerja. Organize program itu ini. Itu sajalah masa aku bersama lelaki-lelaki itu. Cehh, ayat boyaa . kahkahh. Selebihnya susah. Susah apa? Susah nak go on dengan aku. Kenapa? Hahaa. Entah diorang.



Story begin ..

Story begin again ..

And story again ..

Plus new story ..

Story again ..


After all, aku doakan yang seseorang tu bahagia dengan pasangan pilihan dia. Semoga berbahagia. Dan kami masih berkawan seperti biasa.. Dah lama sangat jadi aku tak menaruh harapan . Lagi aku doakan dia bertemu dengan yang sebaiknya untuk dia. Baik kan aku ^_^ Yaa, memang baik. Sebab aku tak layak untuk dia.


Dan seseorang tu pula, mungkin dah tertulis kami cuma kawan. Jadi, kenapa perlu menolak takdir. Mangsa keadaan memang macam ni. Hahaa. Mohon cepat bertemu jodoh ya saudara.





And so onn .. Semoga bahagia saudara-saudara. Maaf sebab dulu terlalu banyak khilaf dan banyak berkongsi dosa dengan saudara-saudara. Moga hati-hati kita semua sempat disucikan semula sebelum kita menghadap Dia nanti. In shaa Allah.



Intihanya, aku kena mula belajar terima kenyataan yang yang cinta manusia kepada manusia yang lain berlainan jantina itu memang wujud dan jangan bencikan perasaan itu. Plus aku pun tak tahu macamana nak zahirkan rasa tu. Hahaa. Bunyi macam nerd. Huhh so what !



Again. Dia pesan. Bila dah rasa boleh terima kenyataan tu. Jangan gegatal nak cari pulak. Sabar dulu.. Perbaiki diri tu dulu buat dia yang selayaknya. Heee. Co cuwitt ^_^

Hoo akak. Kita ingat! Promise ! *sambil angkat tangan konon-konon ikrar gitew. Ngee


Assalamualaikum. Wallahu'alam.

You May Also Like

2 Doakan Mawar AsSufi

  1. Assalamualaikum =)

    Ini link giveawaynya =)

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/segmen-first-intro-giveaway-by_31.html

    Percayalah bahawa ALLAH S.W.T akan berikan yang lebih baik nanti. Kita harus kuat dan kuat dan kuatkan diri.

    Utamakan yang mana lebih penting dahulu. Yang selebihnya akan menyusul kemudian.

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah. Moga hati kuat lebih kuat dari selalunya .. Lagipun manusia mana yang mampu tahan bila kehilangan kesayangan kan.. Cuma kena banyak doa . Doa supaya hati tak mudah rapuh dgn godaan syaitan.

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,