Oct 2, 2015

Personaliti Melalui Metafizik Tarikh Kelahiran - Vol 2

Bismillahirrahmannirrahim .

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasi mati."
| Ali-Imran : 185 |

Letakkan diri kita di antara mereka yang esoknya adalah mati baginya. Biarkanlah diri kelihatan HIPOKRIT jika itu adalah kerana AKHIRAT.

Yes, Quote of the day for today
Dalam Facebook sini :D
. Salam Jumaat semua. Salam Saiyyidul Ayyam.


Jom sambung Personaliti Melalui Metafizik Tarikh Kelahiran - Vol 2 !




*******************************************************************

PERSONALITI NO 6
My Cekgu said : 

Macam no 1 sikit. Belajar melalui pengalaman, skill dan soalan. Kalau masa kecik dulu, orang jenis ni tak boleh duduk diam, kita panggil dia hyperactive, sekejap panjat tingkap, sekejap panjat almari. Tetapi, orang no 6 dia selalu fikir macam ni. "Asyik untung, komisyen je yang difikirkan.." Orang no 6 ni adalah orang yang sangat caring, lepas tu kita panggil orang ni mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Dia akan jaga family dia dan dia adalah orang perasaan. Dia nampak je keras, tapi bila tengok hindustan, nangiss nangiss... HAHA

PRO : Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

KONTRA : Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara. Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.


Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara. Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa. Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.


*******************************************************************

PERSONALITI NO 7
My Cekgu said :

Orang no 7 ni orang yang berpengaruh besar. Sangat luar biasa. Dia kalau kita panggil orang no 7 ni, semua akan pandang. Kita akan panggil orang no 7 ni sebagai fenomena. Kalau kita tengok dalam Al-Quran, memang banyak disebutkan berkenaan 7, 7 petala langit, 7 petala bumi. and banyak lagi secret of 7. Orang no 7 ni macam orang no 2, orang visual. Suka benda-benda bergambar. Kalau jumpa client, dia suka tunjuk produk apa-apa. Dan orang no 7 ni, kalau dia pergi shopping memang habis. Duit yang ada dalam poket, semua dia habiskan. Dan orang no 7 ni jaga-jaga kat luar. Sebab ramai orang akan ambil kesempatan sebab orang no 7 ni mudah diperdayakan. Tapi, kelebihan dia, dia ada networking yang bagus. Suka jumpa orang, closing semua bagus.


PRO : Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

KONTRA : Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku. Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta.


Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah. Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang. Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”,“berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.



*******************************************************************

PERSONALITI NO 8
My Cekgu said :

Orang no 8 adalah orang audio macam no 3. Suka mendengar. Dia suka benda paling simple. Orang api. Cepat panas, panas betul. Tapi cepat sejuk. Kalau macam malam, dia boleh duduk satu table dnegan orang tu. Secara spesifiknya, dia adalah penyimpan mohor raja-raja. Orang no 8 ni perahsia . Kita boleh panggil orang ni misteri. Dia kalau diberi amanah ke, dia akan buat betul-betul, gila-gila. Tetapi, orang nombor 8 ni janganlah kita marah dia ke, tegur dia ke secara direct. Kita kena tegur indirect. Contohnya , "Awak punya ni bagus, kerja tu bagus. Tapi mungkin awak boleh buat penambahan kat sini sikit kee.." Haaa, giteww. Lagi satu, dia jenis bila panas tu, dia suka pendam pendam pendam. Kalau meletopp, nasib lah.


PRO : Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

KONTRA : Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.


Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga. Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik.


Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja. Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik. Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.



*******************************************************************

PERSONALITI NO 9
My Cekgu said :

Finally, no 9 . Lebih kepada pengaruh yang besar dan influenced orang ramai. Dia adalah pemberi arahan yang terbaik dan pergilah ikut dia. Dia jenis orang yang mahukan kejayaan yang paling tinggi. Yup, nombor 9 adalah nombor kejayaan.

PRO : Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

KONTRA : Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik. Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan.


Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan. Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.



*******************************************************************



Kalau nak baca dari nombor asas 1 hingga 5, Meh KLIK SINI .

Meh tengok sini .. Meh..
JOM LIKE SINI ^^,
JOM FOLLOW SINI :D


Yeay DONE ! Jom study LAW kejap.
Petang nanti kita cek Whatsapp Customer yaa . Kittcchuu <3 p="">


| Qawiy Ya Qalbi | Allah Yuftah A'laykum |

2 comments:

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...