Dec 14, 2015

Semakan Keputusan PT3 Tahun 2015

Bismillahirrahmanirrahim


Result PT3 2015


Tengok gambar di atas rasa macam betapa sukar dan lelahnya PT3 ni kan? Hihi.


Hai adik-adik hakak yang tak sabar sangat nak tahu result PT3 ni. Bersabar dan bertabahlah kalian ya.


TARIKH KEPUTUSAN PT3 DIUMUMKAN KELUAR
Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh keputusan akan keluar pada tarikh 14 Disember 2015. Manakala, sijil keputusan boleh diambil pada tarikh 22 Disember 2015.


SEMAKAN KEPUTUSAN DI SEKOLAH
Ya. Semakan boleh dilakukan di sekolah masing-masing bermula tepat jam 10 pagi pada hari keputusan diumumkan. Pastikan berbaju sekolah lengkap ya.


SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE
Buat semakan di :

1. http://www.moe.gov.my

2. http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php



Dan sekarang baru lagi pukul 9 pagi. Tapi, adik aku dah pergi sekolah. Tolong cikgu susun keputusan atas meja mungkin. Husnudzon je kitaa. haha


All the best adik-adik. Jangan DOWN okay kalau result teruk ke apa. Allah dah tetapkan setakat itu saja rezeki awak. Jangan sedih, nanti masuk kubur tak bawak keputusan duniawi ni. hihi. *sedapkanhati


| Qawiy Ya Qalbi |

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...