AFB COMMUNITY

Syarat Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor

by - 9:31 AM

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru-baru ni aku ada cerita yang aku dapat hadiah anak masuk universiti kan? So nak share sikit syarat-syarat nak mohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor ni.



Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor



Syarat untuk memohon Hadiah Anak Masuk Universiti :


1. Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon dan ibu bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
    - Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    - Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    - Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda ke IPTA/IPTS yang diiktiraf kerajaan

4. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi memulakan pengajian

5. Pemohon masih belajar dan dalam tempoh pengajian

6. Pendapatan keluarga di bawah RM3,000.

Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor


Nak mula memohon. Jom MOHON di sini. Semoga berjaya !

Nak tengok siapa yang dah pernah dapat? Jom baca sini.



| Qawiy Ya Qalbi |

You May Also Like

8 Doakan Mawar AsSufi

  1. Hi :) Nak tanya, yang bantuan ni kita boleh mohon bila-bila masa sahaja ke asalkan kita masih student semester pertama bagi ijazah sarjana muda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Yang penting sekali pengajian saja kita dapat. Kalau diploma dapat, degree xdapat dah. Kalau degree belum minta, in Shaa Allah degree boleh dapat :)

      Delete
    2. Ahhhhh saya tak mohon masa asasi jadi nak mohon untuk degree sekarang ni. Yang dia suruh muat naik dokumen tu kita kena scan or boleh snap gambar je eh? :)

      Delete
    3. Boleh saja mohon . Sekali mohon saja okay :)
      Scan pun boleh. Tapi, nak proper scan la. Sebab Official purpose kan . Hehe

      Delete
    4. Kalau ambil gambar yang proper je tak boleh ke? Sebab nanti kena hantar juga hardcopy ke pejabat kan? Rumah tak ada scanner tu le pasal risau ni hahaha

      Delete
    5. Hihi. Mungkin boleh. Janji detail apa semua boleh nampak lah dear.
      Try saja. In Shaa Allah. Kalau dah rezeki tak ke mana kan :)

      Delete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,