AFB COMMUNITY

Teknik Double Boiling Homemade Chocolate Yang Betul

by - 12:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim.


Hai Chocolate Lover.  Berjumpa lagi kita. hihi.


Harini nak share something dengan #chocolatelover yang berminat nak try buat handmade chocolate. Fine. Aku tak hebat mana pun. Cuma berminat nak share kat sini. Manalah tahu jadi kenangan blog ni bila dah tua nanti. #Eh,kesitupulak


COKLAT korang tahu kan? ^_^ Sedih sangat kalau tak tahu. hihi. You guys dah beli Coklat ? Tak tahu nak beli coklat apa? Haritu dah share jenis coklat yang sesuai. Jom baca ni dulu. Baru Boleh Proceed okay ^^,


Nak share CARA BOILING COKLAT YANG BETUL hari ini.

Sifu coklat aku selalu cakap, kebanyakan pembuat coklat yang baby-baby ni selalu silap tang ni. Dia pun selalu sangat dah dapat complaint yang coklat cepat keras lah. Cepat cair lah. Tak tahan panas lah (coklat? Tahan panas? Coklat ke besi kak?) dan macam-macam lagi dia mengadu kat aku. hihi




Tahu kenapa cara ni silap? Sebab dia panaskan terus dalam air. Jangan buat macam ni. Sebab nanti coklat tu tak jadi macam yang kita nak. Susah dengan cakap. Sebab aku pun buat begini dulu.

Iya lah tengok nama pun CARA BOILING. Haruslah boil dalam air kan.


Rupanya tu sebab nama sebenar teknik ni DOUBLE BOILING. Dia doublekan bekas tu. Makesure dua-dua bekas is besi. Sebab cepat serap panas. Cuba kau letak besi tengah panas terik 10 minit. Kau try pegang, terbakar tak terbakar tangan kau -_-

Sifu aku pesan. Teknik paling baik sekali kau panas air dulu sampai mendidih, kemudian masukkan dalam Flask Nasi tu. Lepas tu letak bekas besi atas tu. Sebab haba dalam flask nasi tu kan terperangkap dalam tu, haba tak keluar. So, besi tu lah yang serapnya. Then, coklat akan cair dari situ.

Kah! Hebat tak olahan acah-acah saintis aku #angkatkeningcikit


 

TEKNIK DOUBLE BOILING YANG BETUL

1. Panaskan air dalam periuk yang tahan panas sehingga mendidih.
2. Masukkan coklat kecil yang sudah dipotoh dadu atau kecil-kecil (supaya mudah dan cepat cair). Anggaran 500g coklat.
3. Bila coklat sudah cair, masukkan sedikit coco-butter, majerin atau minyak. Anggaran 80-100 g sahaja.
4. Coklat cukup likat kecairannya.
5. Siap untuk dimasukkan ke dalam acuan coklat.



Untuk lebih detail, jemput tengok teknik Double Boiling secara live. hihi ^^




Selamat Mencuba ^^,


Credit : Gambar adalah ihsan cik abang sayang.


| Qawiy Ya Qalbi |

You May Also Like

2 Doakan Mawar AsSufi

  1. cairkan coklat guna teknik double boiling memang terbaik...
    tapi xpernah lagi bt homemade coklat..
    resepi dh byk save..
    belum berkesempatan nak cuba lagi.

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,