Feb 26, 2016

PILIHAN KURSUS UNTUK MOD PELAJAR SEPARUH MASA DI UITM


Bismillahirrahmanirrahim

Entri ni khas disediakan untuk sesiapa yang berminat nak further study dan dah decide nak further study dalam mod separuh masa okay. Kalau yang masih nak ragu-ragu samada nak ambil mod sepenuh masa atau separuh masa, mohon baca entri SEPARUH MASA ATAU SEPENUH MASA ni. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan korang nak buat decision.


Untuk yang dah decide tu, dah fikir dah nak ambil kursus apa? Tak relate dengan diploma punya kursus pun boleh sebab kalau nak compare part time dengan full time, part time ni syarat dia longgar, muet pun tak berapa ketat requirement dia.




LAYAKKAH SAYA?

  • Ada diploma Kursus Akaun, nak sambung degree Kursus Akaun. Muet Band 1. Layak.
  • Ada diploma Kursus Akaun, tapi nak sambung degree Kursus Business. Layak.
  • Diploma tak habis tapi ada pengalaman bekerja berdasarkan keperluan kursus. Layak.
  • Lepasan SPM nak terus apply diploma separuh masa dan sudah ada pengalaman bekerja. Layak.


Jangan risau sebab result tak cantik. Sebab korang ada hak nak sambung belajar dan menuntut ilmu. Jangan rasa rendah diri okay.


UiTM adalah tempat yang bagus untuk anak bangsa yang nak sambung belajar tapi tidak berapa mampu. Percaya atau tidak, yuran belajar di UiTM adalah yang paling mampu bayar dan senang cakap, ia murah berbanding institusi lain.


Baca : KURSUS PART TIME DIPLOMA YANG DITAWARKAN OLEH UITM
Baca : KURSUS PART TIME DEGREE YANG DITAWARKAN OLEH UITM


PEMBAYARAN YURAN?

UiTM akan berikan pilihan samada mahu menggunakan duit sendiri untuk bayar duit yuran belajar ataupun memilih bantuan pendidikan PTPTN untuk support pembelajaran.


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?

Baca CARA MENDAFTAR DI INED (INSTITUT PENDIDIKAN NEO) atau boleh terus mendaftar di WEBSITE INED.


SIAPA PATUT SAYA HUBUNGI?

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi Pihak Pentadbiran di UiTM Shah Alam (Main Campus) di SINI.


Berdasarkan apa Kin tahu, biasanya untuk kod kursus Akaun dan juga Undang-Undang, biasanya kita guna mod pengajian luar kampus (PLK) manakala kursus selain daripada dua kursus tu adalah mod pengajian jarak jauh (PJJ) dan yang membezakan kedua mod tersebut adalah waktu belajarnya.

Contoh macam Kin sendiri kelas ada di hari Sabtu dan Ahad. Depends pada subjek kita ambil, banyak atau sikit. So, normally bila dah start class, my weekend akan jadi stressed! Very stressed, nak nak pula bila ambil subjek banyak. haha.

Manakala, PJJ banyak ke sikit ke subjek korang, akan ganggu hari Ahad sahaja. So, Sabtu korang boleh lah berehat atau meluangkan waktu dengan family. Manfaatkan masa yang ada.


Sebarang pertanyaan, silakan usul di ruangan komen ya.


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...