AFB COMMUNITY

Puding Susu Jelly Mudah - DIY Recipe

by - 11:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

Harini nak share Resipi Puding Susu Jelly Campur Milo Yang Cukup Mudah. Serius sangat mudah untuk disediakan dengan penggunaan bahan yang minimal.

Puding ini boleh disediakan sebagai pencuci mulut selepas makan. Boleh juga dijadikan as hadiah or doorgift yang dalam small cups tu kan. Apa-apa pun yang penting, jom cuba baru tahu senang ke susah. hihi


 PUDING SUSU JELLY DAN MILO 

BAHAN-BAHAN :
1 Plastik Agar-Agar Tali (Strip)
1,400ml Air
1 Tin Susu Cair
6 Sudu Besar Gula
1 Sudu Besar Milo / Nutella
Jelly Secukupnya

CARA-CARA :
1. Masukkan Air, Agar-Agar, Gula, Susu Cair ke dalam periuk. Kacau sebati dan pastikan Agar-Agar larut sepenuhnya dalam periuk.
2. Letakkan jelly di dalam acuan.
3. Asingkan separuh warna asal. Separuh lagi untuk dicampurkan dengan serbuk milo. Pastikan cairan masih di atas dapur panas supaya ia tidak mengeras.
4. Tuang adunan warna asal dalam acuan. Sejukkan.
5. Campurkan separuh adunan dengan serbuk milo. Kacau sebati. Tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan tadi. Tambah jelly jika mahu. Sejukkan semula.
6. Hidangkan.





Sedikit penambahan sharing. Anda mencari kedai online yang menjual jubah, dress dan tudung yang murah dan menepati kemampuan anda. Mari LIHAT SINI.



| Qawiy Ya Qalbi |

You May Also Like

14 Doakan Mawar AsSufi

  1. Allahuakbar...musim panas ni...sedapnya la hai...lega tekak...

    ReplyDelete
  2. makan sejuk² memang layan la mcm ni..☺

    ReplyDelete
  3. @Mime MF

    Baru keluarkan dari fridge ni.. Nyummyy. hehe
    Jom buat kak :)

    ReplyDelete
  4. macam sedap je.
    scya selalu berkobar2 bila nak buat,
    tapi bab2 nak geli bahan tu malasnya masyaALLAH T.T

    ReplyDelete
  5. @Scya Lollita

    Alaaa, janganlah malas. Nanti dah buat meh la share kat sini.. :)

    Ni pun resipi sendiri campak2 je... Tengokk2 Jadi. hihi

    ReplyDelete
  6. rasa manisnya sampai sini...mesti anak suka ni kalau buat :)

    ReplyDelete
  7. @Mama Darwiish

    Anak anak haruslah suka kan apa yg umi nye buatt .. hehee. kena try ni kak :)

    ReplyDelete
  8. Hi Mawar boleh kongsi resepi ni kat blog Ucing .?

    ReplyDelete
  9. @ucing EH, boleh je Ucing. Takde masalah. Silakan :)

    ReplyDelete
  10. @Eintan Nurfuzie Ofcoss sejuk2 best ni.. jap lagi nak buat coklat pulak :) hihihi

    ReplyDelete
  11. Dapnyer mawar...boleh post tak? hehe

    ReplyDelete
  12. @Syireen Halim Nak keee? hehe. Cepat cepat bagi alamat.. kekekek

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,