AFB COMMUNITY

PANDUAN MEMULAKAN BISNES ONLINE TANPA PRODUK SENDIRI

by - 12:02 AM

Bismillahirrahmanirrahim


PANDUAN MEMULAKAN BISNES ONLINE TANPA PRODUK SENDIRI | Sebenarnya bukan seorang tetapi lebih 3 orang sahabat Kin bertanyakan macamana caranya nak berniaga tetapi tak ada produk sendiri. Jangan risau! Sebab Kin juga bermula dengan menjual produk orang lain. Produk yang sudah berjenama dan dikenali ramai.

Kenapa Kin menjual produk orang lain atau selalu orang panggil sebagai DROPSHIPPER? Ada beberapa sebab kenapa kita digalakkan menjual produk orang lain dahulu.




1. ILMU
Nak berniaga biar tak ada harta tapi ada ilmu. Kenapa Kin tekankan ilmu ni penting? Sebab kalau kita nak berniaga, kita bukan boleh berniaga bodoh-bodoh, sia-sia langgar dinding. Walaupun kita cakap "Kita belajar dari kesilapan." Tapi, ia menjadi satu kesilapan yang besar bila kita mengulang kesilapan orang yang dah berjaya. Mereka yang berjaya dah berkali-kali langgar dinding, jadi kenapa kita nak ulang sejarah? Ambil iktibar dari kesilapan diorang dan jadikan pencetus inspirasi.

2. BUILD TRUST
Trust adalah sangat penting dalam membina engagement dengan pelanggan kita. Kalau kita dah kehilangan trust daripada pelanggan kita, kita nak jual pada siapa? Dan siapa yang akan membantu kita menaikkan nama perniagaan kita kalau bukan dengan hubungan bersama pelanggan?

3. MENTOR
Lihat dulu industri perniagaan kita. Carilah mentor, sifu atau cikgu yang dapat mencurahkan ilmu berniaga kepada korang. Sebab mentor dan sifu merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang berkenaan. Kita boleh jadikan diorang sebagai motivasi atau pencetus inspirasi supaya jika kita kekurangan idea atau suntikan rohani dan semangat daripada seseorang. Minta lah bantuan daripada sifu masing-masing. Percaya atau tidak, berniaga sangat mengajar kita lebih dekat dengan Pencipta kita :)

4. CREATE TEAM
Bila kita menjual produk orang lain dan kita dah berada dalam satu team kan. So, daripada situ kita boleh kenal dengan diorang. Mana yang rasa-rasa dalam team tu ada orang yang ada kemahiran selain daripada menjual produk orang lain tu, korang boleh plan dan decide untuk joint venture berdua maybe. So, daripada situ boleh create new team on your own. In Shaa Allah untuk your own product kan.

5. PROSEDUR BERNIAGA
Daripada menimba ilmu di tempat orang, kita boleh tahu macamana cara owner produk tu handle their management, their staffs, their time management, product management dan lain-lain. Mana tahu kalau korang rapat dengan owner produk sekarang, next time masa nak buat produk sendiri korang boleh tanya pengalaman dan tuntutlah ilmu owner tadi kan? Ilmu tak elok simpan, kena berkongsi tau.

6. VARIASI ILMU, SKIL DAN PRAKTIKAL
Kalau produk yang korang jual tu lebih dari 1 produk dan 1 syarikat lebih bagus. Sebabnya korang akan lebih tahu pelbagai cara dan management yang pelbagai dari owner yang berbeza. Maybe owner produk A management dia kurang elok manakala owner produk B, bagus dari segi management. Then, susah apa? Mix and match lah semua ilmu yang telah diceduk dari pelbagai management.


Sekian sahaja. Corat coret dari Kin.


Semoga bermanfaat.

Baca juga artikel :



You May Also Like

8 Doakan Mawar AsSufi

  1. Assallammuallaikum..ziarah pagi salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  2. @Icahbanjarmasin jemput singgah :) Sy singgah blog awak :)

    ReplyDelete
  3. Nice write up! btw.. i pon buat dropship ni..tp still baru lg..bnyak g nk kena belajar..huhu

    ReplyDelete
  4. @fyfa alya

    Goodd :) Better start now than never kann :)
    I singgah ur blog sat :)

    ReplyDelete
  5. Tak sabarnya nak start business sendiri

    ReplyDelete
  6. @AmyZana Amboii sabar2 .. Menuntut elmu dulu. Bila dah stable, go on :) All the best tau ^_^

    ReplyDelete
  7. betul.

    kalau ada keyakinan, buatlah bisnes sendiri.

    ReplyDelete
  8. @zokan Setujuu .. In Shaa Allah one day awak akan ada bisnes sndri jugakk :)

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,