Mar 4, 2016

TIPS | PEMILIHAN TUDUNG SESUAI DENGAN WARNA KULIT


Bismillahirrahmanirrahim

Selalu tak alami masalah susah nak pilih tudung untuk dipakai setiap hari sebab tak kena dengan warna kulit? Mesti hari-hari asyik fikir tudung ni tak sesuai, tudung ni warna garang sangat, tudung tu banyak corak, tudung tu masalah lah, tudung ni tak bolehlah dan lain-lain.

Complicated kan perempuan ni. hihi

Kin nak share sedikit elmu yang Kin tahu mengenai tudung ni walaupun Kin bukanlah fashionista pun. Saja sharing sebab Kin suka try something new walaupun kadang-kadang that 'something new' tu tak 'match' dengan Kin. Me is Okay :)


warna warna terang seperti hijau gelap merah bata dan kuning


WARNA KULIT VS WARNA TUDUNG


1. KULIT WARNA KUNING LANGSAT

  • Elakkan memakai warna tudung yang agak kekuningan mahupun kelangsatan. hihi. Maksud Kin elakkan tudung berwarna oren, coklat, kuning, krim dan mustard.
  • Tapi digalakkan memakai warna pastel yang berlawanan dengan warna kulit korang. Contohnya warna pink, soft purple, soft blue, aqua blue dan hijau daun pisang muda.


2. KULIT WARNA SAWO MATANG

  • Kebanyakan orang Asia atau warga Malaysia memiliki warna kulit sawo matang berbanding warna kuning langsat. Ini warna kulit sedang-sedang saja.
  • Pemilihan warna tudung yang sesuai adalah warna yang tidak terlalu garang atau menonjol seperti warna krim, biru gelap dan hitam.
  • Elakkan memilih warna merah, kuning dan warna yang boleh menenggelamkan penampilan seseorang seperti hijau askar.


3. KULIT WARNA GELAP

  • Elakkan memakai tudung yang berwarna terang seperti merah, kuning dan hijau daun pisang. Elakkan juga memakai warna putih susu sebab akan nampak sangat kontra dengan warna kulit.
  • Kin suggest pakai warna tudung yang sedang-sedang dengan warna kulit tetapi bukan sama warna dengan warna kulit okay. Contohnya warna krim pekat, nude brown dan warna pastel.


4. KULIT WARNA PUTIH PUCAT

  • Orang berkulit putih ni sesuai pakai tudung warna macam-macam tak kira lah warna gelap mahupun terang. Terutamanya tudung yang berwarna gelap supaya dapat menonjolkan diri si pemakai.
  • Kalau boleh, Kin sarankan elakkan pakai tudung warna cerah-cerah sangat macam warna putih, pastel dan warna yang cair-cair sebab muka akan nampak agak pucat. Bagi
  • Kin, untuk yang berwajah putih better contra colour. Baru marvellous!


Heliza Minta Jangan Cepat Menghukum Artis Yang Mula Bertudung ...

Baca juga : MUSLIMAH | BENTUK MUKA DAN GAYA TUDUNG SESUAI

4 comments:

  1. kulit saya kaler langsat, huhu..tp selalu pakai tudung hitam..hehe

    ReplyDelete
  2. Hi Kin. :) Ain kulit sawo matang kot. Hihi ! Suka pakai colour yang buruk. Memang feveret. Orang kate colour pastel kan? Ker lain erk ngn colour buruk buruk niy? Hehehe !

    ReplyDelete
  3. @Diya Hanun Okay la tu .. Cuma jangan pakai warna sama warna kulit. tu je :) Hitam match sesuai dengan semua . hehe

    ReplyDelete
  4. @• Ain Cho'in • Amboiiihh,, kaler buruk? Apakahh? hehe.. Kaler buruk xpernah dengar la pulak. hehe.

    btw, maybe sama kot. warna yang lembut tapi sbenarnya dia ada warna. eh, apa daaa kin merepek nii. hehe

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...