AFB COMMUNITY

8 TIPS KENALPASTI SUPPLIER ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI

by - 9:50 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

Tips harini lebih ditujukan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan dan nak cari pendapatan sampingan.


Buat anda yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online ni banyak juga yang anda kena consider. Bukan apa, sebab Kin dah banyak sangat terima complaint dari kawan-kawan bisnes yang bercerita, supplier sekian-sekian lepas dapat duit, dia menghilangkan diri. Lepas bank-in duit, nombor telefon terus unavailable dah. Ada juga kes yang berbulan-bulan barang baru dapat pos. Itu pun barang yang tak sama macam yang dropshippers tu order. At the end, dropshippers tu sendiri kena refund pada customers masing-masing.


Bukan untuk menakutkan anda yang baru terfikir nak berniaga. Cuma nak share sikit tips yang berguna masa nak pilih supplier yang boleh dipercayai. Jangan fikir perkara negatif okay, keep on being positive dan teruskan niat murni nak berniaga tu.


Macam mana nak jadi dropship agent ?


SHARING TIPS MEMILIH SUPPLIER ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI

1. INVESTIGATE
  • Rumit sungguh lah nak berniaga ni kan? Siap kena investigate bagai. Kalau teringin nak jadi mangsa penipuan, silakanlah abaikan tips ini.
  • Kenapa perlu selidik dulu perniagaan ini? Supaya kita tahu apakah bisnes itu wujud, kita tahu lokasinya, orang untuk dihubungi, produknya halal atau tidak, produk dijamin keberkesanannya dal lain-lain.


2. SYARAT PENYERTAAN
  • Bila dah siasat dan yakin untuk teruskan. Sila hubungi seller tersebut dan terus nyatakan hajat nak menjadi agent atau stokis produk beliau. Jika belum yakin jadi stokis, jadi agent dulu. Rasai pengalamannya sendiri macamana.
  • Tanya tentang syarat penyertaan sebagai agent kepada beliau. Ada yang forward by Whatsapp saja, ada yang lebih proper by email atau Google Word dan lain-lain.


3. SUPPLIER YANG KENAL PRODUK
  • Kita mahu supaya jika customer bertanya soalan kepada kita, kita boleh menjawab dengan yakinnya. Samalah macam kalau kita tak pasti, kita akan tanya supplier kita dulu untuk pengesahan. Jika supplier kita pun tak kenal tentang produk yang dia jual tu, kita berani ke nak berurus niaga dengan dia? If any case happen, kita nak ke ada supplier yang suka lepas tangan dengan masalah produk yang sepatutnya dia lebih pakar tu?


4. JUAL PRODUK YANG ASLI DAN SAH BUKAN TIRUAN
  • Banyakkan penyiasatan di google mahupun di mana saja mengenai produk berkenaan. Pernah kah wujud isu keaslian produk berkenaan dan lain-lain. Paling penting jangan terus menuduh tapi buat dulu siasatan menyeluruh. If ragu-ragu juga, Hye Hye Bye Bye la kepada supplier itu. Jangan teruskan kalau dah timbul keraguan tu.


5. PERJANJIAN
  • Ini WAJIB. Kita kena tahu apakah yang boleh, apakah yang tak boleh. Sebab ini adalah perjanjian kita dengan supplier itu. If let say salah sorang breach the agreement, salah sorg boleh up the issue. Better PM terus pada supplier tu kalau malas nak heboh-heboh. Setel terus kan senang, tak perlu nak pendam-pendam.


6. YURAN KOMITMEN
  • Tak semua supplier yang mengenakan caj untuk sekali masuk ni menipu. Biasanya supplier kenakan caj sebagai yuran komitmen. Diorang tak nak simpan agent yang pemalas tak nak buat sales. Diorang nak ada agent yang superb dan sentiasa aktif dengan sales. Plus ada juga yang sanggup bayar komitmen fees tu sebab dia nak copy pengurusan sistem supplier berkenaan dan tiru produk diorang.


7. FAHAMI DULU TENTANG PRODUK
  • Sebelum decide nak pilih produk sekian-sekian untuk dijual, mohon anda fahami dulu apakah produk itu. Apakah jenis produk itu, bagaimana proses membuat produk tu, apakah manfaat yang customers bakal dapat dengan produk tu, apakah kelebihan produk tu dan lain-lain.
  • Kalau kita lah sebagai customers, kita nak ke berurusan dengan seller yang tak yakin dengan produk yang dia jual tu? Tak kan?


8. BELI UNTUK CUBA
  • Biasanya sebelum jadi agent sesuatu produk tu, dia beli dulu dan rasai perbezaan mahupun apa-apa yang berubah lah. Senang cerita jadikan kita sebagai testimoni. Bila dah yakin ada perbezaan dan kita suka, why not kita tarik ramai orang lagi untuk mencuba kehebatan produk yang kita jual tu. Kita ajak ramai lagi orang untuk mendapat manfaat daripada produk tu
  • That's why lah ramai customers yang decide untuk menjadi agent sebab dia puas hati dengan hasil selepas consume produk sekian-sekian.
  • Plus minus, agent dapat harga special pulak tu. Hihi


BELI 1 SALINDAH-SET LENGKAP, 3 PERCUMA!


Semoga Bermanfaat.


Baca juga artikel :


You May Also Like

2 Doakan Mawar AsSufi

  1. Hye mawar. Morning. ;) Pernah dulu sekali order tudung dengan seorang hamba Allah ni. Dalam 5 helai kite order sebab yang buat tudung tu orang tu sendiri. Berbulan tak dapat-dapat. Kite dah bank in duet semua. Last sekali, kite dah hilang sabar, cakap nak buat report then tak lama tu baru sampai. Takot sekarang nak beli barang online. Tapi tak semua tak boleh dipercayai kan. Ada yang boleh dipercayai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius?! Sampainya hati dia sampai berbulan bulan tu.. Sebenarnya ada yang boleh dipercayai. Biasa kin tengok pada feedback. Dan bila ramai dah cuba, baru konfiden nak beli. hehe. Harus demand jugaa.. hee

      Delete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,