AFB COMMUNITY

ADA APA DENGAN PROGRAM GENG MASJID 2.0 ?

by - 12:46 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Hari Minggu. Ada baca tak Kin ajak sama-sama meriahkan Program Karnival Geng Masjid 2.0 dulu?

Kalau ada, baguslah. Sebab Kin nak share sikit saja cerita yang sudah agak lama sebenarnya. Cuma nak juga share.


Kin dengar ura-ura haritu yang Program Karnival Geng Masjid ini akan dianjurkan lagi untuk kali yang ketiga iaitu Program Karnival Geng Masjid 3.0. Tempat Kin kurang pasti. Nanti bila dah pasti Kin share pada semua ya.


Banyak juga Program yang dianjurkan. Dari Ceramah, Forum, Pertandingan Memasak, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak dan banyak lagi kalau tengok pada tentatif program tu. Untuk yang berniaga juga boleh jadikan ini sebagai platform untuk anda meniaga.

Kalau nak tanya sewa ruang niaga, boleh baca SINI tau.













Timing Kin datang salah sebenarnya hari Ahad haritu. Sebab masa tu pukul 3 petang kut. Mana ada program sangat panas terik gitu kan. kihkih. Cuma orang ada saja yang datang cuma tak berapa ramai.

Kin difahamkan time malam haritu ramai yang turun padang sebab ada forum dan ceramah. Masa tu best lah sebab jemputannya best-best. Rasa rugi saja tak pergi. Sebab Kin jarang keluar malam. Petang tu keluar pun alone rempit sampai Seksyen 5. Nasib baik jalan tak jammed cuma nak parking saja terpaksa parking jauh. huhu


Ohya, masa balik tu kan. Sempat juga grab makanan yang dijual kat situ. Tertarik nak membeli air yang bekas besar tu. Sebab dari sampai Masjid Kuning tu ke hulu hilir nampak semua orang minum air besar-besar macam tu. Teringin la juga rasa. hihi











Red Velvet Cheese dia tak muak tau. Plus Green Tea Shake Ice dia pun sedap. Tak tahu lah nak panggil apa nama air ni. hihi. Kin siap tanya sedap ke tak Air Green Tea tu. First time rasa gitu. hihi. Sabar jee akak tu.

Ada yang nak try rasa kek-kek ? Jangan lupa untuk dapatkan update dari Zarina Homemade Changlun Kedah ini okay.

Contact : 018-4745643
Instagram : ZARINA HOMEMEADE CHANGLUN KEDAH
Facebook : ZARINA HOMEMADE CHANGLUN KEDAH


Baca juga artikel :


You May Also Like

2 Doakan Mawar AsSufi

  1. Seronok nya kalau ada program Geng Masjid dekat Kuantan ni. Ada ustaz Izhar, favourite penceramah. :)

    Nampak sedap la red velvet tu. Hihi.

    ReplyDelete
  2. @• Ain Cho'in •

    Cer lah Ain request kat Admin. Nanti kin share admin GM ni.. try la Tanya-tanya. Best program ni. Haritu nampak husband kak irine . kekeke

    btw, sedap2 kek tu :)

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,