Apr 23, 2016

SISTEM AN NISAA TEMPAT BERBEKAM KHAS BUAT KAUM HAWA SAHAJA



Bismillahirrahmanirrahim.


Salam Saturday semua. Harini Kin nak berkongsi satu pengalaman menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Pernah dengar orang berbekam darah? Pernah berbekam? Nak berbekam?

Sebenarnya entri ini dah sebulan lebih disimpan. Atas sebab tak dapat curi masa untuk menaip entri so terpaksa simpan dulu gambar dalam draf. Kehkeh.



Ini Sistem An Nisaa . Pusat rawatan bekam dan rawatan sunnah yang terletak Di Selangor tau. Lebih spesifik di kawasan Kota Damansara. Setelah sebulan tau Kin simpan, pendam dalam hati sorang-sorang. Cakap nak bekam, nak bekam. Tak bekam-bekam pun. Last-last set dalam otak, kali ni aku nak juga! Then, usaha make it happen.


APAKAH ITU BEKAM?

Bekam adalah satu cara perubatan yang dilakukan khas dengan cara menyedut sebahagian darah dari permukaan kulit dengan menggunakan satu alatan khusus. Ada dua jenis bekam iaitu bekam kering dan bekam basah. Yang kering maknanya bekam tanpa keluar darah dan yang basah ialah bekam dan mengeluarkan darah.

And ME is buat bekam yang keluar darah. Hihi


APAKAH MANFAAT BERBEKAM?

Biasa tak dengar orang cakap yang bekam ni boleh selesaikan masalah di bawah :

  • Ubati sakit migrain
  • Sembuhkan sakit strok
  • Kurangkan pening kepala
  • Kurangkan darah tinggi
  • Ubati masalah mata, hidung dan telinga
  • Ubati gangguan sihir
  • Melancarkan peredaran darah di jantung
  • Dan lain-lain

Sejujurnya darah kotor yang disedut tu bukanlah darah kotor yang perempuan selalu keluarkan masa bulan mengambang tu. Ini darah kotor yang tersekat di permukaan kulit kita. Darah yang tersekat tu mengganggu sel-sel darah di kepala dan lain-lain bahagian tubuh badan kita dan itu menyebabkan kita sakit kepala dan sebagainya.



manfaat-bekam-bagi-kesehatan-untuk-jantung-wajah


Kin pernah nampak dalam Youtube, ada orang yang darah dia jenis kenyal macam jeli. Bukan cecair. Yang itu darah beserta kolesterol yang melekat di lapisan bawah kulit. Ada juga yang keluar darah beserta warna kuning-kekuningan. Itu kolesterol juga rasanya. Kin pun kurang pasti, dah lupa dah.

Yang pasti Kin ingat ada baca, buatlah bekam at least setahun sekali. Hihi




Harga paling murah so far yang Kin survey area Kota Damansara. RM80 saja per session. Murah dan berbaloi kan? 10 Cups in total. Tapi haritu ada terlebih cup sebab tiba-tiba rasa nak bekam di kepala. Buat apa bekam kalau tak buat semua kan? Terpaksa la cukur. Sekarang tumbuh dah rambut. Hihi


So, yang nak try buat bekam tapi tak tahu nak pergi kat mana?
Jom try di Sistem An Nisaa. Kat sini pun boleh dapatkan makanan sunnah tau. Jom cekidaut!




Contact : +60162891579
Blog : Sistem An Nisaa Online
Instagram : Bekam Sistem An Nisaa


Baca juga artikel :



No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...