Jul 12, 2016

4 RAHSIA SIMPAN COPYWRITING YANG PENIAGA ONLINE PATUT TAHU

Assalamualaikum .

Salam Syawal Ke 7 ! Masih mood raya ke korang semua? Kalau masih, baguslah tapi jangan lupa. Raya raya juga, tanggungjawab harian jangan lupa okay.


Yang bekerja jangan lupa kerja tengah melambak kat ofis tu. Yang belajar tu jangan lupa pula esok dah final exam. Ehh? (*KinSentap! Haha) Dan yang berniaga tu Eh Ewahh, mentang mentang dia meniaga, lupa ya poket awak tu dah nak kering tu. Jangan lupa isi semula kekeringan itu. Mihmih


Siapa yang berniaga online tu tahu apakah Copywriting tu. Kalau belum tahu, baca dulu apakah Copywriting ya. Jangan terpinga-pinga pula nanti.



Image result for copywriting



Yang dah selalu dengar Copywriting tu apa. Dia mesti tahu bahawa mentor masing-masing mesti selalu buat kelas Copywriting untuk mantapkan skill copywriting korang kan. Sampai naik tepu dan buntu kepala otak masing-masing. Betul dak? Kin yakin 100%! Korang sure dah sampai tahap tak tahu nak tulis Header macamana lagi. Content macamana lagi yang sesuai. Call-to-action macamana lagi yang super havoc. Kan Kan?


Hihi. Ada 4 Rahsia Kin nak share dengan korang. Jom baca ^^,

1. KUMPUL COPYWRITING

Penat kan perah otak nak buat Copywriting baru yang sesuai dengan produk kita? Asyik perah perah dan perah sampai kering takda air dah dalam otak nak perah. Haha. Jangan susah susah. Ni nak bagi Trick licik sikit ni. Cari Copywriting yang bila kita baca first time "Wahh, Rugi tak beli ni!


2. BUAT KATEGORI COPYWRITING

Dalam 100 Copywriting yang korang dah dapat tu, kena pandai tapis okay. Ingat satu hal ni! Tak semua copywriting sesuai dengan lapisan umur belasan tahun dan yang dewasa. Tak semua copywriting sesuai dengan mood bakal pelanggan korang. Tak semua copywriting sesuai dengan timing korang post produk korang. Kena pandai kategorikan yang mana untuk update status waktu pagi, petang atau malam. Ataupun kategorikan copywriting untuk student atau orang berusia walaupun produk korang sesuai untuk semua lapisan umur!


3. SIMPAN DI MEMO

Bila jumpa copywriting lawa sikit. Kita copy dan guna. Lepas tu taktau dah pi mana copywriting tu. Dah nak kena cari copywriting baru. Kalau tak jumpa lagi parah. Buat pula copywriting yang ikut sesedap rasa korang kan. Lepastu, bila prospek tak berminat. Merungut! Nak survive lama dalam bisnes kena ada perancangan. Bukan langgar dinding berkali kali dan kali kali kali lagi. Walaupun bisnes tu online saja. Remember! Dengan Online saja pun orang boleh buat duit sampai sebulan RM17,000! Tu orang lain. Kita? Nganga jaa?


4. SIMPAN DI MICROSOFT OFFICE WORD

Kalau rasa memory phone kecil. Mohon jadi bijak sikit boleh? Huhu. Takkan phone dah full, lepaih tu biaq jaa copywriting best-best lalu depan mata? Hello! Bangun kakak bangun adik! Mohon bijak sikit simpan dalam laptop kaaa, masuk pendraift kaa, yang penting save di tempat yang korang boleh refer di kemudian hari. Okay? ^^,



Dapat sesuatu Dear? Silakan Share Jika Bermanfaat Naa :)


Baca juga artikel :


No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...