AFB COMMUNITY

PILIH KARIER ATAU BELAJAR SEPARUH MASA

by - 5:13 PM



Bismillahirrahmanirrahim.

To be honest, belajar sambil kerja ni bukanlah sesuatu yang nampak membanggakan ibu bapa bagi seorang anak. Sebab bagi ibu bapa, diorang masih mampu untuk menampung perbelanjaan dan segalanya bagi seorang anak. Tak perlulah nak bekerja dulu kemudian sambung belajar separuh masa. Baik ambil sepenuh masa, cepat habis, jimat masa dan boleh keluar kerja terus dengan qualification yang ada.

Tapi, jangan pula dilarang seorang anak yang sanggup nak bekerja dan berazam tinggi nak memajukan diri dengan sambung belajar. Don't Stop Them!


Image result for cabaran




Kalau cerita pengalaman sendiri, alhamdulillah. Family Kin support keputusan Kin. Kin sendiri habis Diploma April 2014. Ohya, Kin graduate dari UiTM Machang, Kelantan. Lepas saja balik rumah, Kin rehat-rehat, tenangkan diri, emosi dan fikiran sehabisnya dalam seminggu saja. Lepas tu terus apply kerja online, di Jobstreet lah, di Jabatan Sumber Manusia lah dan merata sebab memang aim nak bekerja dan cari pengalaman. Syukur! Allah permudahkan urusan. Ada kenalan mak memang tengah perlukan account assistant. Kin still kena pergi interview macam orang lain nak dapat kerja. So, start lah kerja sebulan lepas tu. Kerja masa tu as account assistant dalam industry oil and gas di Bangsar, KL. Memang mengulang alik ke Kota Damansara. Naik bas, LRT, tumpang orang semua tu dah rasa. haha


Cerita pasal belajar part time. Kin mula belajar pada bulan Ogos 2014, which is 3 bulan lepas kerja. Alhamdulillah permohonan dipermudahkan. Untuk pengetahuan semua, sekarang dah hujung bulan Julai 2016. Ini bermakna Kin dah hampir 2 tahun setengah belajar di UiTM Shah Alam sebagai student separuh masa.



Orang selalu tau tanya "Kenapa buat part time?" "Takda duit kaa?" "Kenapa kerja dulu?"


Yang pasti Kenapa Kenapa dan Kenapa.


Ikutkan hati nak tanya, "Kenapa sibuk tanya?" haha. Tak tertanya pula.


Jawapan Kin always the same answer. I don't want to make loan anymore. Cukuplah PTPTN Diploma yang entah bila akan habis bayar. Harapan tinggi untuk settle all the loans by end of 2020. Doakan yaa.



Next two weeks result last semester akan keluar. Semoga yang menanti result tu akan tabah dan kuat tengok result masing-masing tu yaa.. hihi



Baca juga artikel :




You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,