Jul 18, 2016

RAWAT MASALAH RAMBUT DENGAN 2-IN-1 ORGANIC SHAMPOO

Bismillahirrahmanirrahim.


Gigih lagi di depan laptop. Entri di jam 2 pagi. Pagi ni nak stori tentang shampoo yang secara tak sengaja dibeli yang memberi impak yang tak disangka-sangka.

Kin selalu dapat rungutan dari kawan-kawan yang cakap rambut diorang cepat berbau, selalu rosak kat hujung rambut, rambut berminyaklah, rambut lambat kering dan sebagainya. Kin sendiri bukan pakar nak selesaikan masalah diorang pun. Sebab lain orang lain keadaan dan masalah rambut kan. Bagi Kin sendiri, masalah rambut cuma kelemumur mungkin dan satu lagi baru cuci sehari, hari kedua dah tak selesa.

Masa tu pakai syampu Safi. Mak, adik beradik serasi dengan syampu tu. Kin pun takda masalah dengan Safi ni, cuma nak try cari conditioner pula untuk lembutkan rambut masa bilas tu. Biasa cuci guna syampu saja sebab tu tak tahan sangat. Rambut cepat kering pulak tu.




Sebab tu Kin nak share apa yang Kin tengah pakai sekarang.


Alkisahnya. Last week. Nak cari conditioner. ternampaklah packaging satu shampu ni macam conditioner. Belek-belek punya belek. Tak nampak pulak ni syampu ke conditioner. Tengah belek tu, tiba-tiba mak tolak bahu, "Aihh, cepat sikit. Mak nak bayar ni." Hahaa. Tak fikir panjang, terus sauk. Yang pasti nampak perkataan 'Nourishment.' "Oh, conditioner kut." Terus letak dalam bakul.



Bila sampai rumah, sambung belek lagi. Baru sedar. "Ni buih banyak semacam je ni. Syampu ke ni?" Was-was lagi time tu. Hehe


Dah pakai dua minggu ni. Kin rasa sangat berbeza!


Rambut rasa ringan, tak berat macam dulu. Lembut sangat. 2 hari pun tahan, tak melekit langsung plus tak berbau. Yeay! Paling penting, masalah kelemumur dah TERselesai dengan tanpa sedarnya. Plus sakit kulit di leher semakin membaik. Syukur Alhamdulillah.





Bila google baru kin tahu makna 2-in-1 syampu ni. Rupanya syampu dah sekali dengan Conditioner. Suka Suka ! Nak-nak pulak ada Aloe Vera. Dah pencuci muka Aloe Vera, kepala pun nak Aloe Vera juga. Kihkih






Kin tak jumpa Official Website shampu ni. Tapi kalau nak cari juga shampu ni, boleh jumpa shampoo ni dekat Giant, Aeon dan mana-mana shopping market yang berkenaan. Biasanya yang besar-besar lah. Kalau macam kedai runcit kurang pasti ada ke tak.


Sekian coretan jam 2 pagi dari Kin. Hehe.



Baca juga artikel : 


2 comments:

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...