AFB COMMUNITY

PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN MINYAK AROMATERAPI AURA 7 CAHAYA INI

by - 9:02 AM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Happy Saturday ya!



Biasa tak korang dengar tentang minyak aroma terapi ni? Selalu kita dengar spa-spa dan bilik urutan yang guna minyak aroma terapi ni kan? Tapi, kalau korang nak buat untuk rawatan terapi psikologi korang di rumah sendiri, korang boleh guna minyak aroma terapi Aura 7 Cahaya ni.

Kin bukan nak promote tau. Tapi, nak berkongsi saja perubahan yang kin rasakan setelah 2 minggu guna minyak ini. Minyak apa ni Kin?



Inilah Minyak Aroma Terapi Aura 7 Cahaya






Bau dia Umpph! Kalau bau dan bawa masa tidur, rasanya sempat mimpi jadi puteri kayangan rasanya. Harum sangat! Boss Kin pun puji. Dia kata bau ni boleh deltakan waktu tidur kita. Bauan yang sangat menenangkan. Sungguh!






Inilah rupa minyak aroma terapi ni. Comel sangat. Kin baru pakai dua minggu, rasa macam tak luak je minyak ni sebab pakai pun setitik saja. Serius setitik saja. Tapi, nak pakai pun tak bolehlah sembrono saja. Kenalah ada adab dan peraturannya. So far, Kin pakai setitik masa bilasan terakhir mandi dan untuk sapu di nadi secalit saja tak perlu setitik pun. Calit saja daripada apa entah nama tempat yang sedut minyak tu. haha






Kalau nak cerita apa manfaat Minyak Aroma Terapi Aura 7 Cahaya ni. Banyak sebenarnya manfaat dia. Ada untuk rawatan psikologi kita, rawatan masa tidur kita, redhakan stress atau tekanan masa kerja, stabilkan emosi, fizikal dan mental, menjadikan diri kita lebih positif dari kebiasaan dan jangan terkejut kalau minyak ini juga menjadi satu ikhtiar kepada kita untuk menjemput dan menderaskan aura rezeki kepada kita.


Kat bawah ni antara manfaat memakai Minyak Aroma Terapi Aura 7 Cahaya ini.





Kebiasaannya Kin pakai minyak ni ikut adab dan caranyalah. Kalau ikut apa yang diterangkan dalam CARA PENGGUNAAN minyak ini. Caranya biasa saja.

Kita disuruh untuk memakai 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan pada sbelah malam. Caranya adalah titiskan Pati Aura 7 Cahaya di telapak tangan, gosok dan sapukan rata di keseluruhan muka, nadi dan di kepala. Boleh juga digunakan untuk mandian hanya dengan satu titisan Pati Aura 7 Cahaya ke dalam baldi yang dicampurkan dengan air. Digunakan pada bilasan terakhir mandian.


Cara yang ni memang Kin ikut. Ini cara tersurat. Kin buat cara yang tersiratnya. Eh, apa yang tersirat sangat tu? Hahaa




Semua tahu kan semua yang berkaitan dengan air ni adalah sesuatu yang merakam? Air sifatnya perakam tau buat yang baru tahu tu. Jadi setiap apa yang berlaku dalam sesuatu yang mengandungi air, sesuatu itu cepat merakam.


Saya bagi analogi mudah, awak makan di restoran, awak order air sirap ais. Kemudian, datang kawan awak dan awak bergosip tak ingat dunia. Masa tu, air sirap ais awak tu dah merakam sikap negatif awak tu, kemudian awak minum air tu, air tu jadi darah daging awak. Dan sikap negatif tu terus menerus bercambah dalam diri awak. Sebab apa? Sebab awak yang biarkan air tu merakam segala sikap di sekelilingnya. Kenapa kita terus menerus negatif? Dah cuba untuk positif, masih lagi negatif? Sebab lebih 60% dalam badan kita adalah dipenuhi dengan air. Kalau awak buat juga sikap negatif awak tu setiap hari, setiap saat. Jangan salahkan orang lain kalau awak pun tak mampu berjaya sebab sikap negatif awak tu!



Okay, cukuplah Kin membebel di pagi hari ni. Hahaa. Sedikit tazkirah dari Ustajah Kin yaa :) Kesimpulannya, sebelum nak mandi ke, sebelum sapu Minyak Aroma Terapi Aura 7 Cahaya ni, jangan lupa untuk berdoa dan meminta perkara yang baik-baik. Kalau tak tahu nak doa apa, baca saja manfaat minyak ini dan tukar kepada kata ganti nama diri pertama. Contohnya, "Ya Allah. Semoga aku memakai Minyak Aroma Terapi Aura 7 Cahaya ini dapat bantu menderaskan rezekiku. Ameen."


Dan, alhamdulillah semenjak amalkan minyak ini. Rezeki orang PM Kin beli FLORAL SKIRT dan TUDUNG LABUH ni semakin bertambah setiap hari. Paling kurang pun orang PM tanya tudung dengan skirt adalah dalam RM100. Walaupun tak banyak. Tapi, alhamdulillah sebab setiap hari pasti ada yang bertanya. Paling seronok, customer yang tanya sebulan dua bulan lepas, mai datang cari Kin semula. Allah, terharu sangat :')




Baca juga artikel :



You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,