AFB COMMUNITY

TEST ARGAN OIL UNTUK MASALAH KULIT MUKA BERJERAWAT

by - 4:19 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai. Salam weekend semua.


Dua hari lepas Kin ada order satu Minyak Argan dan satu Minyak Kelapa Dara. Dah lama nak beli cuma password members Bio Asli terlupa pula. Tapi, nasib baik boleh recover password dengan agen Bio Asli ni. Alhamdulillah.

Nak share sikit apa yang Kin beli ni. Eh, nak buat apa Kin beli minyak-minyak ni semua?


Semua kawan Kin tahu, family, saudara-mara, jiran tetangga semua, saudara mara jiran tetangga semua, satu dunia (haha) tahu dah dan masak sangat dah, kulit muka Kin ni memang sensitif dan Kin memang mengaku Kin memang ada masalah kulit. Semua ni bermula since Form 4. Sebelum tu boleh lah eksyen sikit sebab muka putih, kulit lawa, peloles amat. Mungkin sebab hormon ni. Hormon tak stabil sampailah laaa ni. Wuuuu >_<

Stress tu jangan cakaplah. Tertekan sungguh dengan orang sekeliling. Kalaupun orang tu takdalah cakap "Hoii, jerawat." "Muka hang pasai pa banyak naa jerawat?" "Euww, muka tu.." Tapi, once ada hal depa sebut pasai muka ke, peloles ke, kulit wajah ke, cantik ke. Huu, hati terasa sentap sangat. DEEP rasanya. Jangan main-main oi dengan perempuan yang ada masalah kulit ni, silap hari bulan dapat penumbung sulung sebab mainkan perasaan dia. Eh, perasaan pulak. haha


Kin tahu perasaan tu macamana. Tapi tidaklah tunjuk terang-terang. Muka harus ada senyum meh. Gelak jaa ikut depa. Gurau gurau juga pasal jerawat ke apa ke. Tapi, dalam hati ni Tuhan saja yang tahu. Boleh 7 hari 7 malam berkabung dengan kesedihan hati tu tau. hihi



To be honest dulu Kin tak suka make up LANGSUNG! *Sebenarnya taktahu Sampai ada satu masa tu ada kawan tegur, "Kin, awat muka hang nampak pucat. Pakailah something." Lepas dari tu, belek saja muka kat cermin automatik cakap "Ha'ahlah, pucatnya." Dari saat tulah, aku mula sukakan eyeliner dan gincu. Bukan lip balm ke lip ice ke lip hot ke, tapi nak gincu yang merah-merah, pink pink tu sebab tengok kawan-kawan pakai warna gitu nampak cantik sangat.. Acah-acah ceria gitu. Konon cantik le tu. *Kasi la can sikit. Tapi, tak lama, sebab pakai gincu terang-terang pun aku tak suka. Rasa menyampah dengan diri sendiri sebab nak tiru orang lain. Lepas tu barulah sedar diri, Allah jadikan kita lain-lain. Ada orang ada masalah lain, tapi dia ada kelebihan lain. Samalah macam aku. Allah bagi kelebihan lain kat aku, tapi bagi aku masalah kulit. Terus rasa taubat nasuha. >_<


Dan dari masa tu lah, Kin biasakan dengan lip balm dan eyeliner nipis je. Nak bagi confident sikit. Alaa, sikit jee. Dan kalau ada orang kutuk-kutuk belakang ke, kata tak natural beauty ke. Pujuk je hati, cakap yang Allah sebenarnya sayang kau sebab tu dia taknak kau bangga diri dengan kecantikan sementara ni. Hihi .


TADAA!







Kin tahu kulit Kin tak peloles macam korang. Kin bersyukur apa adanya. Hihi. Sedapkan hati lagi ya. Kin memang ada masalah parut jerawat takmau hilang, lagi-lagi pipi belah kiri. Pernah juga ada pertumbuhan jerawat kat tempat yang sama 2 kali. Kat tempat situ juga jerawat disedut masa buat rawatan muka di Sungai Buloh. Dia sedut Jerawatku! Sakitnya ya ampun! Merah macam jerawat tu meletop! Haha

So sebab tulah, Kin decide nak rawat sendiri dari rumah. Consume supplement untuk rawatan dalaman, sapu minyak yang berkhasiat untuk kecutkan jerawat, makan kena start pantang dan minum teh untuk cuci usus, motifnya nak makesure yang Kin akan terus berusaha nak bersihkan semula bahagian organ dalaman. Ceh, ayat doktor sangat kan.


Kin dah habis kaji dah pasal Minyak Argan ni. Banyak khasiatnya. Bukan setakat untuk merawat jerawat, rawat masalah rambut pun boleh, sebagai anti-aging juga tau. Dan sebab tulah Kin decide sungguh nak try minyak ni. Semoga Allah bantu pulihkan masalah kulit Kin ni. Doakan Yaa :D



Kalau nak order juga Minyak Argan Oil ni, boleh Whatsapp Kin. Kin ada jual juga :)
WHATSAPP : 0142366915



Baca juga artikel : 

You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,