AFB COMMUNITY

JAGA-JAGA WANITA MAWAR BERDURI

by - 12:07 PM

Assalamualaikum.

Pagi tadi baru dengar lagu terbaru dari Amira Othman | Jaga Jaga. Melodi lagu yang best. Baru tahu lagu ni OST Abang Bomba, I Love You tu. Rupanya Amira pun berlakon dalam cerita tu. Komen lagu, lagu is best. Sambil menghayati lagu tu, tiba-tiba terperasan lirik dia macam best. Erm, macam kena sangat dengan Kin. Cerita lagu tu. Hihi

Eh, tak sengaja terfokus part lirik dia yang ni,


Pabila mengungkap kata cinta
Manis bicara oh semanis gula
Lidah lelaki harus waspada
Lihat baik buruknya

Aku bukan si dara biasa
Dambakan kasih nak dimanja-manja
Lidahku tajam bila berkata
Niat di hati cuma
Tuk berjaga-jaga



Seseorang pernah tanya kenapa Kin terlalu kasar bila bercakap dengan lelaki. Kadang tu pandang pun macam nak makan orang. Haha. Rasanya memang nature kut. Sebabnya Kin pun baru tahu yang dulu masa kecil Kin pernah tak sengaja buat seorang budak lelaki tu menangis, alaa Kin tak buat apa pun. Kin jeling dia je. Hahaa.

Mak Kin cakap, budak tu nak berkawan saja dengan Kin sebab dia takda kawan. Baru nak dekat, Kin jeling tajam gila (Amaran : Kau jangan dekat dengan aku! Haahaa) kat dia, terus dia patah balik kat mak dia, menangis sambil menyorok belakang mak dia. Wahaha, so cute! Bila dah besar ni teringin sungguh nak jumpa budak tu balik. Hihi. Nak bahan dia balik. LOL


To be honest, bukan garang ke apa. Cuma macam lagu Amira lah. Tuk berjaga-jaga. Hihi.

Lepas tu makcik-makcik pun cakap "Kau tak kawen karang baru padan muka."


Haih makcik aku ni. Spoil betullah, ada pula doakan macam tu. -___-




Image result



Ada beran?
^____^  



You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,