Nov 16, 2016

LITTLE TRAVELLER #2 BROGA HILL, SEMENYIH

Assalamualaikum. Hai Dunya!


Macamana dengan weekend korang? Ada banyak sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Kalau tak, takziah :D Hihi. Weekend Kin is awesome and become more awesome dengan sahabat-sahabat baru yang sangat ohsem dan jadual yang semakin padat dengan life sebagai student, employees and businesslady. Syukur alhamdulillah, Allah.

Siapa selalu naik Broga di Semenyih? Biasa sangat ke? Wa salute oii! Nak compare dengan experience dekat Gunung Datuk, Rembau sebelum ni, Kin rasa Broga lebih mencabar dengan keadaan bukit yang berpasir tu. To be honest, lasak lasak Kin ni sempat juga 4, 5 kali tergelincir. Masalahnya aku je tergelincir, orang lain steady! Huhu

23 October 2016. Ini tarikh kami pergi. Ada tak sesiapa yang pergi hari tu? Sempat bertegur dengan kami tak? (Teringat kat geng lelaki yang turun Broga tapi, sempat menggatal tu :p)


Kami dari Kota Damansara. So, lepas pick up team semua, around 9 lebih juga sampai ke sana. Lebih kurang 1 jam 30 minit kut, berhenti isi minyak lepas tu isi lagi sampai meletuss! Haha. Kenangan sangat. Iols follow saja kereta lagi satu yang tak reti bawa slow tu, dahlah kereta kami dah nazak sangat. Sabar sabar -_- Nasib baik iols tak kenal dia, kalau kenal aku hambur je :p (Seketul manusia sangat!) Kami pergi dalam 7 orang, so 2 kereta lah. 1 kereta baru, 1 lagi kereta nazak. Yang nazak tu aku punya. Wajib bagitahu. Haha


Tak sempat snap gambar before and after macam testimoni tu. Sebab sibuk sangat Joyah membebel sebab lama tak jumpa Senah dengan Kak Ton. Riuh lah Broga tu.



Dekat Bukit Broga ni banyak tempat istirehat yang landai. Kiranya kalau korang penat atau nak berhenti kejap nak minum air pun takda masalah. Sebab tempat mendaki dia macam ni tau. Tinggi curam, landai, tinggi curam lagi dan landai lagi dan begitulah seterusnya. Tapi bila dah sampai bukit dia, memang mendaki saja, yang paling Kin gerun sampai rasa nak nak bertaubat masa tu juga sebab keadaan bukit tu.

Ni masa tengah naik, first R & R orang kata. Siapa suruh tak warm up dulu cik kak oii. Kan dah pesan. Kekeee. Next time hiking, warm up dulu okay.







Kami naik lebih kurang jam 11 pagi kat bukit tu. Dan pula masa tu hikers ramai tengah turun, so kami memang berkongsi tali nak naik. TALI? Yes, tali. Tanpa tali, tiadalah hala tujuan kau. Macam hiduplah. Takda Tuhan, kau entah ke mana-mana tanpa destinasi utama. Hah, kan dah!

Nak cakapnya ada tali je kat atas tu. Haha. Kat bukit tu sebab yang guide tu tak pakai tali, so depa lain pun tak pakai tali. Maka, aku pun 2,3 kali tergelincir sebab tak guna tali. Hihi. Perasaan masa tu berbaur sangat! Serious talk wei. Macam-macam rasa, tapi lebih pada perasaan hamba yang takut mati :( Serius.


 


Akak belanja seketul saja okay gambar driver sorang lagi yang tak sabar sangat nak naik Broga tu -__-  Seketul saja seketul.








Kasi view belakang sikit :)





Alhamdulillah naik jam 9 or 10 pagi sampai atas pukul 12.30 tengahari. Mau 3 jam. Lama okay. Haha. Apa-apa pun, group IJURA KHUNAD is Awesome! Yang lagi 2 orang tak ikut tu, next time Wajib ikut. Tak ikut, sista merajuk setahun. Alhamdulillah, selamat tawan Bukit Broga in 2016.



On the way balik, mencari tempat nak menyantap. Sista follow jaa kereta orang depan. Baru Kin tahu area Semenyih ni banyak juga kawasan mandi-manda. Nak-nak area betul-betul kat Hulu Langat. Banyak taw. Yang kami singgah haritu Taman Rekreasi Air Terjun Sungai Tekala kut. Cuma ingat Sg. Tekala macam tu. Caj seorang sekali masuk RM1/pax saja.

Alhamdulillah. Everything going smoothly.





 Tak sangka sangat. Makcik dua orang ni lah yang aku kenal hampir setahun yang lepas. Bulan Jan 2016 tak silap. Dengan depa ni lah yang together-gether pergi lunch, solat, ke mana-mana bertiga masa kerja di UiTM Sungai Buloh dulu. Share problem, meroyan, mengadu domba semua. Aku kan suka kawan dengan orang-orang tua macam korang ni kan :p

So, after this berdua saja lah pula. Sista nak kawan dengan yang single saja, yang married tak kawan. Haha



Last. Next Wishlist please


Ohya, kalau rasa-rasa nak hiking time poket kering, hiking tu bawalah makanan sendiri. tak payah membeli kat luar. Jimat dah kat situ okay :) Pergi ramai-ramai, tong-tong laaa :D


See you next entry. Love.


Baca juga artikel :

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...