AFB COMMUNITY

4 TIPS UNTUK MEMULAKAN BISNES

by - 4:49 PM


Assalamualaikum. Bakal jutawan sekalian 😊🌷


Rasa macam tak layak pun ada nak kongsi tips untuk mulakan bisnes ni. Tapi, dah terlanjur berada dalam line of business ni, apalah salahnya kita berkongsi sedikit elmu dan pengalaman kan?

Sejujurnya pengalaman aku tidaklah hebat mana cuma alhamdulillah dari dulu tak ada apa-apa, sekarang dah upgrade satu tingkat ke satu tingkat sampai lah jadi stokis produk Loma, serum pelebat segala bulu dan rambut. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Walaupun sales taklah selebat macam jutawan lagi kan.. Alhamdulillah, menderu-deru juga permintaan serum ni. Awalnya ragu-ragu boleh ke produk ni pergi jauh. Tapi, sebab semangat nak mencuba je masa tu. So, apa salahnya cuba-cuba saja. Aku ni memang suka cuba-cuba. Jatuh kang, cuba lain pulak. Bagi aku, hidup ni ada banyak choice. Keputusan ada kat tangan kita. Kalau berkenan, teruskan. Tak berkenan keep in view dulu. Mana tau setahun dua nanti berkenan pulak, baru try. Haha

Pengalaman lalu rugi lebih RM700 masa baru lepas resign tempat kerja lama dulu pun tak mematahkan semangat untuk aku spend beberapa ratus lagi untuk buat modal jadi stokis pula. Kalau puluhan ribu baru terasa, ni baru ratusan. Belum rasa apa-apa lagi kalau nak banding dengan jutawan yang dah memang berapa banyak kali jatuh bangun. Aku memang salute depa semua. Jiwa kental je!



Ada beberapa tips untuk aku kongsikan dengan korang.

Tapi, dalam banyak-banyak perkara, perkara paling utama kalau korang berniat nak mengubah kehidupan korang sebenarnya adalah MULA!


1. MULA BETULKAN NIAT
🌱 Ada orang nak berniaga sebab duit. Ada orang nak berniaga sebab nak kaya. Ada orang nak berniaga sebab nak ubah kehidupan. Ada orang nak berniaga sebab .. nak tolong keluarga. Dan ada orang berniaga sebab DESAKAN HIDUP. Setiap orang punyai jalan hidup yang berbeza-beza. Permulaan mungkin sama namun ceritanya yang berbeza. Keputusan yang diambil setiap dari kita juga mungkin berbeza dan pasti hasilnya juga berbeza. Bila kita dah ada niat nak berniaga tu, betulkan niat. Bukan niat untuk membalas dendam atau menunjukkan 'Aku Kaya' pada orang-orang. Tapi betulkan niat. Berniatlah 'Sahaja aku berniaga keranaMu Ya Allah. Kau tuntunlah aku supaya aku dapat bantu seramai mungkin orang yang memerlukan apabila aku mula berniaga ni.' In Shaa Allah, setiap keputusan yang kita ambil nanti pasti Allah akan berkati.


2. MULAKAN DENGAN TINDAKAN
🌱 Memang betul tak semua orang lahir dalam keadaan keluarga usahawan. Tak semua orang ada peluang untuk ada darah daging suka berniaga. Dan tak semua orang nak berniaga sebab dia minat nak berniaga. Tapi aku yakin. Kebanyakan orang nak mula berniaga sebab ada sesuatu yang memaksa dia untuk berniaga. Bezanya samaada yang memaksa itu benda baik atau sebaliknya. Sejujurnya perkara yang memaksa aku berniaga adalah benda yang sebaliknya. Tapi, aku redha. Aku terima. Sebab aku ambil keputusan untuk meMULAkan dengan tindakan. Bukan omong kosong!

🌱 Untuk yang baru nak mula berniaga. Once dah terbuka pintu hati nak berniaga tu. Teruskan melangkah. Jangan dah pandang belakang. Jangan dah fikir nanti tak ada orang support kau ke tak ada orang nak beli barang jualan kau ke. Dulu aku macam tu. Sibuk sangat nak ajak kawan, sibuk sangat terhegeh-hegeh tunggu kawan. Terhegeh-hegeh nak kawan beli barang aku jual. Sudahnya, kau masih kat tempat kau. Dan kawan kau bahagia dengan hidup dia. *Sigh

🌱 Mulakan dengan sesuatu. Bukan goyang kaki tunggu rezeki jatuh dari langit. Kau ingat kau siapa?


3. MULA MERANCANG
🌱 Tak semua orang Allah bagi hidayah untuk mula berniaga. Dan tak semua orang Allah pilih untuk terus mula merancang dalam mengubah kehidupan dia. Ada yang Allah bagi hint dah tapi dia tunggu menunggu dan tertunggu lagi. Entah sampai bila. Yang beruntungnya kalau Allah bagi hint, dia grab. Allah bagi ilham, dia grab. Allah bagi peluang, lagi dia grab. Sudahnya rezeki datang dari pelbagai sudut tanpa dia tahu mana datangnya rezeki yang melimpah ruah ni. Itu sebab mungkin pada awal-awal lagi dia dah pasang niat betul-betul. Nak berniaga untuk membantu orang lain. Dan akhirnya Allah bagi rezeki yang banyak supaya dia laksanakan apa yang Dia dah niatkan awal-awal dulu.

🌱 Paling penting. Ingatlah. Rezeki tak datang bergolek tau. Walaupun Allah dah kata rezeki setiap orang dah ditetapkan, tapi kalau tak usaha jangan mimpi nak kaya raya! Huhu. Kita yang nak, kitalah kena usaha. Tak gitew 😊


4. MULA MENCUBA
🌱 Mula merancang nak buat sesuatu. Allah dah bagi ilham dah tu. Mula mencuba! Allah dah bagi jalan dah tu. Allah bagi jatuh? Bangkit! Allah bagi satu rasa baru dapat hidup tu. Allah bagi rasa kecewa, sedih, sakit dikhianati, lelah berkorban, penat berfikir, tak sanggup teruskan dan macam-macam rasa lagi. Semua ni Allah nak bagi rasa sekejap je. Takkan tak boleh nak tanggung. Sekejap je Allah bagi ni. Tanggung sekejap je. Kalau tak boleh tahan sangat, pulangkan balik semua rasa tu pada Dia. Sebab Dia kan yang bagi so, pulangkanlah balik pada Dia. Kan senang 😊 Allah tak kejamlah. Allah baik sangat. So, let's try harder even if everyone hates you. Chill-lah babe!

🌱 Dan kau tu pulak. Kalau dah tau takda modal, janganlah bijak bana nak buat loan bagai padahal plan apa pun tak da lagi. Mula mencuba dengan sesuatu yang kau ada dulu. Test market dulu orang kata. Kalau takda barang, jangan terus kata takda mood nak juallah. Taktau nak jual apa lah. Bak kata orang, kalau takda barang sendiri, juallah barang neighbour kau. Kalau neighbour takda menjual apa-apa, juallah barang neighbour-neighbour kau. Gitew! Faham ke faham ni?

🌱 Kalau kawan-kawan, saudara mara taknak support beli. Hello! Orang Malaysia berjuta-juta okay! Ini baru kawan-kawan taknak beli, terus tutup kedai setahun. Heh! Lawak sangat okay 😑



Kadang-kadang Allah campak niat nak berniaga tu asbab je untuk kita dekat dengan Dia. Untuk kita kenal siapa Dia. Dan untuk kita tak lupa kat Dia. Allah. Allah Maha Baik. Sangat baik. 😭


Lihat kita hari ni. Dah cukup berbaktikah kita pada orang sekeliling kita? Jika belum. Mulakanlah. Mulakanlah kerana Allah SWT. Semoga Berjaya!


You May Also Like

4 Doakan Mawar AsSufi

  1. Terbaik.. Memang dah lama saya nak mulakan bisnes.. tapi orang sekiling saya (keluarga dan rakan) selalu tak support dan bagi kata-kata negatif.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar pekakkan telinga. Just Go !!! :)

      Delete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,