AFB COMMUNITY

PENGALAMAN PERTAMA JADI TUTOR TUISYEN

by - 11:30 AM

Assalamualaikum. Hai semua! How's you day?
I wish everything is alright.


Esok dan lusa adalah kelas ketiga aku dengan student aku. Semakin okay but nervous still there. Haha. Takmau pegi main jauh-jauh pula dia. To be honest aku bukanlah jenis suka mengajar and this is not my line. My line is provide service in accounting. Bukan mengajar.

Alhamdulillah. Aku dari SPM, masuk Diploma dan sekarang masih further study dalam Bachelor in Accountancy. Yes! My line is accounting. Dulu SPM aku tak minat pun accounting. Seriously! Yang aku tahu aku tak minat accounting cuma aku suka belajar benda yang orang-orang tak suka. And yes! Classmate aku masa SPM dulu tu diorang stress betul belajar akaun. Aku stress juga tapi stress aku stress yang menyeronokkan. Sebab akaun ni adik beradik duit. HAHA! I love Money! 😍


Aku tak pernah pun jadi cikgu tuisyen. Sebab aku tak suka orang pay attention dekat aku. Kalau macam dulu masa diploma, aku suka contribute something tapi tak mau orang tahu tu contribution dari aku. Contoh macam bagi idea nak buat program semua, buat aktiviti. Dan macam-macam lagi. Sebab tu aku selalu dapat jadi Biro Aktiviti. SOKMO! Haha. Pelik kan aku ni. Cuma aku berbekalkan pengalaman 4 kali jadi Home Tutor yang tak seberapa dulu tu je aku terima job ni. Confident gila tak aku 😋




Back to topic.


Last week (19/1/17) aku ada last paper. Habis pukul 6. Balik dari UiTM Shah Alam. Terus shoot balik Kota Damansara, sebab ada class pukul 8.30. Sebenarnya dari minggu sebelumnya lagi dah bagitahu management yang aku tak dapat commited sebab class budak-budak ni jam 5.30. Masa tu tengah struggle lagi dalam dewan exam tau. Lepas tu aku pun tolong cari punya cari, tak ada  rezeki untuk dapat pengganti. Try slow talk either nak buat esoknya or sabtu.


At last, management cakap dah dua kali cancel. So, dia suggest malam lepas aku balik exam, aku datang class terus. Ah sudah! Aku okay jaa sebab orang dah minta tolong kan. Aku pantang sikit kalau orang minta tolong ni. Haha. Bila dah setuju tu, masa tu aku cuma fikir nak selamatkan diri je. Sebab tak sempat study apa semua pasal SPM punya akaun kan. Dalam otak ada akaun degree je, Wahaha!


Silap silap terajar yang advance karang, ternganga budak-budak ni pulak. So, cara paling selamat yang aku terfikir masa tu adalah buat soalan exam Form 4 which is soalan favourite aku dari dulu sampai sekarang sebab bila balance tu, rasa dunia ni aku yang punya. HAHA! Soalan ni paling aku confident kalau nak compare soalan by topic yang lain. Hihi. Selamat dah kat situ. Imagine lah, balik-balik exam terus mengajar. Apa benda tah aku melalut malam first class tu. Plus minus nervous dia lagi 😂 Memang penambah perasa gitew. Esoknya pun ada kelas. Lusa pun ada kelas ganti. Hah! Memang direct pun. Nak kentut pun kena tahan dulu sampai hari Ahad. 🙈





Dan akhirnya di muka para pelajarku, tergambar seribu satu persoalan terawang-awang. Hah sudah!!


Tapi tak apa. I need to do more preparation. Nasib baik depa dah nampak clear view akaun ni macamana. Cuma slow nak jawab macam mana semua. Tapi ada sorang student yang ada sedikit masalah. Hat ni aku kena bagi more attention sebab form 4 dulu dia tak attend kelas sebab tak sihat. Hm.


Aku nak share sedikit TIPS untuk korang yang baru nak try jadi cikgu tuisyen ni. Ni based on pengalaman kelas kedua aku yang baru lagi. Gitew 😄


  1. Kita cikgu tuisyen bukan cikgu sekolah. So, explain bagi student clear sampai diorang yakin faham.
  2. Sediakan NOTES ringkas untuk memudahkan diorang faham apa yang kita bebelkan.
  3. Buat TIPS mengingat atau TIPS acronym yang memudahkan diorang nak faham dan ingat sampai bila-bila.
  4. Practise make perfect! Sebelum kelas berakhir, buat exercise sikit berkaitan dengan topik yang kita ajar. Supaya diorang dapat nampak apa yang dia belajar pada hari berkenaan.
  5. Fokus pada setiap seorang kalau portion kelas kecil. Sebab kalau di sekolah, ia agak sukar untuk diorang bertanya soalan. Dan diorang terpaksa angguk tanda faham walhal tidak.
  6. Selalu tanya faham atau tidak. Boleh dapat atau tidak? Selalu minta diorang jujur. Kalau tak faham, tanya bahagian mana yang kurang faham. Dan ulang sekali lagi dengan cara dan penyampaian yang mudah untuk difahami.
  7. Jangan rendah-rendahkan pelajar. Diorang adalah diri kita masa dulu.
  8. Jaga perasaan pelajar supaya redha kita sentiasa ada bersama diorang.
  9. Doakan pelajar dan minta supaya Allah sentiasa berikan kefahaman kepada pelajar kita. Doa guru kan mudah termakbul.
  10. Sebarkan elmu Allah dengan luas supaya elmu ini tak berhenti dalam diri kita seorang saja. Sebarkan manfaat pada semua. In Shaa Allah.



Sekian saja pengalaman dan sharing sedikit buat yang berminat nak jadi cikgu tuisyen dari saya yang newbie ni 😍


Baca juga artikel :



You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,