AFB COMMUNITY

BEAUTY REVIEW | KENAPA PILIH ENCHANTEUR PARIS BODY LOTION

by - 10:48 PM


Assalamualaikum semua.

Biasa korang pakai body lotion apa? Johnson baby? Nivea? Syahirah? Lain-lain? Baguslah ada juga pakai body lotion. Apa pentingnya pakai body lotion ni kepada kulit kita?

Body lotion ni sangat penting untuk menjaga kelembapan alami kulit kita dari atas hingga bawah. Bukan saja dapat membantu proses melembabkan kulit, tapi dalam masa yang sama body lotion ni dapat mencegah timbul bintik hitam pada kulit. Ia juga dapat bantu kita mendapatkan kulit yang cerah.

Kalau ikutkan banyak lagi losyen lain yang wangi dan ada manfaat-manfaat yang lain. Tapi, aku suka body lotion dari Enchanteur ni. Harga pun affordable sangat. Sangat lembut dan wangi. Bau ala-ala lemon fresh dan tekstur yang lembut dan ringan sangat!






Sebab lain aku suka losyen badan Enchanteur ni sebab losyen dia tak melekit. Pernah kan korang pakai losyen, bila nak basuh tangan rasa losyen mencair je. Means macam losyen tu tak menyerap kan?

Tapi, Enchanteur ni tak. Wangi pun tahan juga lepas cuci tangan. Fall in love dah aku rasa. Hihi. So far pakai belum lagi memutih cuma semakin halus lembut lah kulit tangan ni. Aww! Haha

You May Also Like

0 Doakan Mawar AsSufi

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,