Apr 15, 2017

SYOKNYA BERPELUANG BERNIAGA BERSAMA LAZADA!

Assalamualaikum. Hai awak yang tengah skrol blog kita tu. Awak pun berniaga juga macam kami yaa? Atau awak sedang mencari mana-mana peluang untuk promote barang awak tu ya? Memang syoklah dapat berniaga dengan Lazada. Ohsem! Ingat jadi pembeli saja ke rasa Lazada ni best? Kami seller pun rasa best. Sebab Lazada provide macam-macam bila kita dah sah jadi seller Lazada.


At first, memang banyak prosedur nak kena follow. Banyak dokumen nak kena submit. And for sure kena ada SSM. Tapi apa salahnya susah-susah dahulu, senang-senang kemudian, bukan?


Yang excited sangat harini sebab last week dapat email notify yang order masuk dari Lazada. Syukur sangat. Tapi tak dan untuk cek, balik je dari Seremban, aku cek lah order tadi, nak tengok betul ke ada order masuk. Sekali tengok, ada 2 ketul order masuk. Okaylah baru ada dua kan 😍 In Shaa Allah lama-lama banyak lah. Stok sekarang ni pun dah berkurangan sangat. Dari 100 botol, tinggal 20 saja untuk sale. Gila tak gilaa!! Ini memang daebak! Aku rasa macam pintu rezeki aku baru terbuka seluasnya. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga sangat.


Buat yang curious sangat sampai 100 botol aku pegang stok tu, Haaaa.. inilah produk jualan aku. Tak payah curious sangat okay. Hahaa


Aku yakin ramai lagi belum cuba Loma Hair Serum ni. Yang belum pernah try, boleh beli dekat Lazada tau. Harga dalam lazada lebih murah dari beli direct.. Sebab Lazada kan ada diskaun. Giteww. Cari nama kedai aku tau, macam-macam ada. Memang produk original & trusted dari kilang!




Yang dah daftar tu, Lazada akan hantar plastik untuk bungkus parcel sebelum posted. Jadi, jimat dah beli plastik kat situ. Lagi satu postage akan ditolak sebelum payment masuk dalam bank kita.. Jadi, overall aku rasa memang berbaloi kalau korang cuba berniaga di Lazada ni. Mana tahu sehari dua mungkin belum ada sale, tapi bulan depan dah masuk sale kan. Better try than never.





So, korang yang baru nak berjinak-jinak nak mencari peluang berniaga online tu, boleh cuba berniaga di Lazada. Dan pastikan korang khatam semua maklumat dan prosedur yang Lazada tetapkan. jangan ikut suka hati sendiri. Kalau kurang pasti, sila call Seller Centre Lazada untuk kepastian. Sebab seller pun ada rating tau. Kalau rating baik, maka baiklah. Yang penting, jangan hold parcel.


Yang baru nak mendaftar sebagai seller tu, boleh ikut langkah di bawah :


  1. Daftar Seller di : Seller at Lazada Malaysia.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Upload dokumen penting yang diperlukan.
  4. SSM (Optional tapi kalau boleh, ada lagi bagus)
  5. Baca semua maklumat mengenai cara pembungkusan, labelling, postage dan lain-lain.
  6. Hadiri semua seminar atau training yang disediakan ikut waktu yang ditetapkan.


Semoga berjaya, guys!



2 comments:

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...