Apr 29, 2017

TERUJA LAKUKAN 4 KERJA DALAM SATU MASA

Selalunya bila korang dengar buat 4 kerja dalam satu masa. Haaa, apa yang korang bayangkan? Letih? Tak cukup masa? Badan tak sihat? Cepat sakit? Banyak duit? Atau tamak haloba? Atau apa lagi?
Tapi, bagi aku sendiri. I am excited! Yaa! Excited lah sebab dapat buat something yang kita suka dalam masa yang sama. Ohya! Yang tertanya-tanya lagi tu. Aku masih lagi kerja makan gaji. Dah 3 tahun dah pun. So far sempat merasa 3 industry yang berbeza. Resign pun bukan sebab suka-suka. Tapi ada sebab tertentu yang membuatkan aku pilih tukar company. And UiTM pun termasuk one of them. Hihi.

Dan di tempat yang sekarang ni dah setahun sebulan. Syukur alhamdulillah, rezeki Allah masih bukakan dalam line accounting lagi. Iyaa, aku sejak zaman SPM lagi line akaun, sampai Diploma. Now, Bachelor in accountancy. Sekali lagi. Hihi. Cuma kalini part time, bukan lagi full time like the old days. Haha

Disebabkan gaji sedia ada tak berapa nak cukup. Hidup seorang mungkin boleh. Nanti bila dah kahwin, mana nak cukup kan. Kenalah sediakan payung sebelum hujan. Gichew!

Nampak buku bawah ni? Haaaa, itulah kerja aku yang ketiga. Baru mulakan perjalanan kecil sebagai guru tuisyen akhir bulan Jan haritu. Tepat-tepat petang tu habis final exam Semester 5. Malam tu lah kelas pertamaku. Syukur Allah masih izinkan. Sekarang dah masuk bulan ke 3 sebagai guru tuisyen. Sebelum ni pernah jadi home tutor 3 bulan untuk student SPM. Alhamdulillah sangat 😘




Satu je nak cakap. Jadi cikgu memang tak senang, tapi yang akan menyenangkan kerja kita adalah bilamana kita ikhlas dalam sampaikan elmu tu. In Shaa Allah student mudah terima dan faham sebab Allah dah lapangkan jalan untuk kita dan student kita. In shaa Allah 😊

Buat masa ni, aku hanya fokus 1 tuition centre ni saja dulu. Tengok feedback this year macamana, then next year in Shaa Allah kalau ada rezeki dan peluang, why not try apply 1 atau 2 tuition centre yang lain? Korang doakan tau. Sebenarnya aku bukan suka mengajar sangat pun, cuma dari zaman SPM dulu aku suka sangat berkongsi apa yang aku tahu, apa yang aku dapat discover sendiri dan tips yang aku buat tu aku share. Sebab bagi aku, elmu ni kan Allah bagi pinjam sekejap je. Esok lusa mana tahu dia tarik balik. Kan tak sempat nak kongsi. 😍




My 4th part time job so far. Kerja part time yang ini dah nak hampir 2 tahun juga lah. Tapi, bisnes yang kalini je aku betul-betul serius! Haaa, nilah kerja part time aku bila stok barang sampai. Barang apa? Inilah nak cerita. Aku ada buat part time bisnes. Bisnes kecil saja. Niat asalnya nak cuba-cuba je berniaga ni, lepastu dah lama-lama, rasa seronok bisnes sebab boleh dapat duit extra sikit-sikit buat duit topup. HAHA! Dulu ada duit sikit, berjoli sakan! Dapat 10 ringgit pun gaya belanja macam seratus ringgit okay! HAHAH sangat der.


Okaylah kan. Tu masa mula-mula bisnes. Sekarang dah setahun 9 bulan usia aku bertunang dengan bisnes ni. Sangat jagung kan 🌽 Iya. Sangat jagung. Pernahlah juga rugi. Tapi tak banyak lah, dalam 700-900 ringgit aje. Tak banyak pun kan as a newbie. Orang lain rugi lima nam ribu kau. Haha 😂 Kira aku bernasib baik la ni kan.


Tapi, now dah matang sikit. Bisnes dah ada buku akaun. Buku akaun wuwuwu 😁 Wait wait! In fact, buku akaun ni dari dulu lagi aku ada. Hello! Aku kan budak akaun. So, semua benda aku bukak akaun. Haha! Kau rasa? 😂 Yang buku akaun dulu, bisnes lingkup. Buku pun tutup. Bisnes baru, semangat baru so buku pun haruslah baru. Alhamdulillah, bisnes sekarang ni yang masih stabil. LOMA HAIR SERUM. Baru mula Oktober 2016 tapi bila kira-kira untung bersih, macam unbelievable. Dapatlah juga RM4k bersih. Alhamdulillah. Bagi orang lain kecil, bagi aku inilah pencapaian terbaik aku. Kihkih.


Dan aku bersyukur sangat. Semua yang aku lalui dalam 3 tahun ni memang ada hikmahNya. Jatuh bangun yang sebenarnya tak pernah pun Dia terlepas pandang. Cuma kita sedang melalui fasa menuju rancangan yang Dia tentukan. Sentiasa bersabar dan yakin dengan rezeki Allah SWT. Senyum sikit! 😍


So, korang rasa penat ke buat kerja banyak macam ni?

Kalau buat kerja pun berkira. Ya! Mungkin akan letih dan terus mengeluh. Tapi, kalau kita buat something dengan hati. Letih tu tak nampak dah, entah hilang ke mana. So, just do it with full of your heart babe! 💕


8 comments:

  1. tahniah la banyak kerja ahaha

    ReplyDelete
  2. semoga sis sentiasa success selalu :)
    salam perkenalan dri saya nik :)

    blog sy http://ummizarabeautyshop.blogspot.my
    :)

    ReplyDelete
  3. Best Of Luck..! semoga menjadi inspirasi kepada orang lain.. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. Hebatnya awak.. semoga rezeki bertambah2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah. Ameen. U too cutie :)

      Delete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...