May 27, 2017

MARHABAN YA RAMADHAN 1438H | 2017

MARHABAN YA RAMADHAN | Syukur Allah masih sudi perkenankan doa kita setahun lepas untuk mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun ni. Kalau tahun lepas sismawar banyak habiskan masa dengan urusan duniawi yang memang yang dah pasti-pasti takkan pernah selesai. Yaa, sismawar melepas nak grab peluang beribadat sungguh-sungguh dalam bulan mulia ni. Rindu sangat masa zaman study dulu sebab ada yang push, ada yang sudi remind dan sentiasa sudi jadi jentarik sismawar untuk ke surau buat solat terawikh sama-sama. Rindu suasana tu sobs 😣

Tapi, in shaa Allah sismawar will try my best untuk fullfilled senarai 'WHAT TO DO' dalam list 30 hari Ramadhan ni. Sismawar dah buat list, korang dah? :) Puasa tahun ni sismawar kira antara yang paling happy bagi sismawar sebab kitorang one family dapat gather back. The most touched moment in my life actually. Yah, you know. Semua sibuk dengan urusan masing-masing kan.

Semalam lagi sekali sismawar terlepas pengumuman penting. Pengumuman puasa lah. Kihkih. Dah 3 tahun juga rasanya termiss pengumuman penting macam ni, again duniawi lagi.





So, sismawar hanya sempat tengok kat Youtube je pengumuman Ramadhan 1438H betul ke jatuh besok which is 27 Mei 2017. Dan keputusannya ya harini. Maka, kami pun sibuklah memasak-masak haha.

Nah, sismawar share sikit niat berpuasa untuk esoknya. Dan sismawar bagi bonus niat untuk setahun sekali. Baik tak sismawar. Haha. Tulis siap-siap dalam notebook manalah tau banyak sangat makan sahur tu, terus lupa nak baca niat macamana. Eh gitew! Hihi



Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sehari :

Niat ringkas :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan :

Lafaznya :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Adios Amigos! Salam Ramadhan 😊

1 comment:

  1. selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan . moga ramadhan kali ini kte penuhi dgn amalan

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...