Jun 8, 2017

ASEANIA RESORT LANGKAWI, PILIHAN LOKASI PENGINAPAN TERBAIK DI LANGKAWI

SELESA DAN BERBALOI DENGAN ASEANA RESORT LANGKAWI | Bila kita merancang nak travel atau bercuti, lokasi penginapan tetap menjadi satu isu utama kan? Biasalah tu, SisKin pun macam tu. Haritu planning dengan kawan baik SisKin nak buat reunion sebab kawan SisKin dah nak tamatkan zaman bujang. Jadi, perkara paling penting yang kitorang ambil berat semestinya lokasi penginapan. Pilihan terbaik? Mestilah selesa, aktiviti yang boleh dijalankan di tempat percutian tu termasuk dengan pakej-pakej yang ditawarkan dan harga pakej yang ditawarkan mestilah berbaloi dan berpatutan dengan kami yang masih lagi bergelar pelajar dan ada juga lah yang dah bekerjaya. Huhu

SisKin tertarik untuk berkongsi dengan korang yang mencari tempat menginap yang ada ciri-ciri yang SisKin kongsikan tadi. Lokasi selesa, harga berpatutan lagi. Siapa taknak kan? Kalau ikutkan kita nak pergi bercuti di Langkawi sebab kat situ memang banyak tempat yang kita boleh book dan lawati, tapi tak banyak tempat yang selesa walaupun tempat tu murah dan ramai orang mampu untuk bayar sewa tu. Jadi, ramai antara kita ni asyik fikir mana hotel atau resort yang berpatutan dan yang penting sekali selesa untuk kita dan keluarga kita. Sebab kalau kita pergi dengan family, mesti kita nak a whole family kita comfortable enough dan satisfy dengan percutian ni. SisKin jamin korang mesti akan tersedar dari lamunan yang terhenti lepas SisKin share tentang satu tempat percutian ni. SisKin dapat tahu pasal hotel ni pun sebab termasuk dalam list tempat bercuti haritu which is di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi.




SisKin jenuhlah juga mencari hotel mana yang okay, tempat yang selesa dan harga of course cari yang berpatutan. Kita yang plan mestilah kita nak yang the best untuk dorang kan supaya dorang boleh enjoy percutian ni, tak kesahlah dengan kawan-kawan atau dengan family besar. Ini baru lah kenangan yang akan diingat sampai bila-bila because we create memory together to be remembered forever. Cari punya cari, survey punya survey, dan bandingkan harga booking antara hotel yang ada dalam Langkawi ni. Akhirnya SisKin dapat satu resort yang bagi offer yang sangat-sangat menarik dan tak dapat disangkal lagi. Aseania Resort & Spa yang menjadi pilihan terakhir SisKin kerana resort ni ada 238 bilik yang dilengkapi dengan furniture yang mewah dan esklusif. Rasa macam makin tak sabar untuk bercuti di sini. Semoga perancangan tahun 2017 yang satu ini dapat berjalan dengan lancar.

Yang seronoknya, kalau bawa family bolehlah family korang rasa dimanjakan dengan hidup gaya kontemporari yang seterusnya dapat merasa suasana yang menyenangkan.




Mai SisKin share antara bilik-bilik yang ada kat resort ni :
  • Bilik Superior
  • Deluxe Room
  • Super Deluxe Room
  • 1 Bedroom Family Suite
  • 2 Bedrooms Family Suite
  • 3 Bedrooms Family Suite


Dalam setiap bilik tu pula dilengkapi dengan kemudahan asas seperti peti sejuk mini, televisyen dengan saluran eksklusif untuk berita dan filem, bilik mandi, penghawa dingin, kemudahan kopi dan teh. Memang best kot bila SisKin tengok bilik-bilik yang ada bila SisKin dok browse and decide nak book aseania resort langkawi on Traveloka.










SisKin nak cerita sikit pasal resort ni lepas buat research dan tengok review. Ramai juga yang sebenarnya belum tahu serba-serbi mengenai resort ini. Kedudukan resort ni memang sangat strategik sebab terlindung dari bencana yang tak diingini dan terletak di sepanjang jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang. Aseania Resort ni merangkumi kawasan seluas 7,519 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan mewah dan kehijauan yang subur. Ia juga terletak hanya 6.5 ​​kilometer dari Lapangan Terbang Langkawi. Aseania Resort & Spa Langkawi juga yang merupakan teras bagi kawasan selatan Langkawi, Semenanjung Malaysia. Ia kaya dengan warisan serta landskap unik adalah persekitaran hidup yang sempurna yang akan buat korang rasa nak datang sekali lagi. Sebagai tempat perlindungan yang menyegarkan, Langkawi telah dianugerahkan sebagai status Taman Geo Dunia oleh UNESCO pada bulan Jun 2007.

Aseania Resort & Spa Langkawi ini juga dianggap sebagai salah satu yang paling menonjol di Langkawi sebab resort ni juga mempunyai masakan yang cukup lazat. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis dan kualiti makanan yang disediakan. Wow! Makanan sedap! Ni yang SisKin rasa nak book terus ni 😍 Korang boleh pilih pelbagai pilihan restoran dan bar dari Laguna Restaurant, untuk Pool Bar dan Pool Side Terrace. Resort ni memang menawarkan pengalaman makan yang terbaik, korang akan dilayan dengan makanan sedap dan pada masa yang sama dilengkapi dengan pemandangan sungguh-sungguh cantik macam orang utara cakap terbaik gila baq hang. Haaa gitew!



Selain daripada bahagia penginapan dan makanan, resort ni juga ada Taman Tema Air Mini yang menempatkan kolam renang terpanjang di Malaysia, dengan ukuran 154,4 meter dalam saiz. Di sini, korang boleh menyelam ke dalam kolam yang penuh keseronokan, ada juga kolam yang berombak tu, kolam cendawan, air terjun, Jakuzi dan juga slaid air. Kalau kena pada gaya, SisKin yakin memang korang tak boleh lupa lah lepas korang dapat rasa semua pengalaman manis ini.

Istimewa untuk mereka yang gemar ke spa untuk mengurut, Aseania resort juga ada spa iaitu Sari Dewi Spa. Kat sini korang akan berasa nafas baru, badan-badan dan bahu korang akan rasa ringan selepas sesi urut yang santai. SisKin kalau jadi ke sini, memang ini lah yang SisKin nak try!



Aseana Resort juga ada menawarkan bilik-bilik persidangan & mesyuarat untuk memenuhi setiap permintaan mereka yang membuat business trip di hotel ini. Khas juga pada mereka yang gemar membawa pulang cenderamata untuk dihadiahkan kepada sahabat-sahabat, teman sekerja mahupun saudara mara, terdapat sebuah kedai cenderamata yang terletak di tengah-tengah resort ni. Malah, yang best lagi Aseania Resort juga menyediakan perkhidmatan island hopping. Jadi korang tak perlu susah-susah nak cari ejen luar. Ada juga servis snorkeling. Kalau tak snorkeling kat Langkawi ni memang benda yang boleh cakap rugi jugak la sebab kehidupan laut di Langkawi antara salah satu yang tercantik kat Malaysia ni. Korang boleh cuba memancing dan bagi burung helang makan. Tu antara aktiviti yang best sebab korang dapat tengok helang depan-depan mata korang, tak kan tak mau kot kannn? Hihi

Bestnya la haii. SisKin rasa kalau berpeluang, esok juga nak fly ke sana. Jadi, ni la serba sikit perkhidmatan yang Aseania Resort & Spa boleh offer kat korang kalau korang teringin nak stay kat sana. So, cepat-cepat la book oii! ☺ Lagi-lagi sekarang harga tengah murah.



Nak book murah kena book cepat. Nak tahu lebih lanjut sila layari : Aseania Resort Langkawi .

11 comments:

  1. Wow..
    Bestnya..nanti next honeymoon nak pergi langkawi lagi la..
    Boleh still kat aseania resort..
    Harga pun berpatutan

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously harga memang berpatutuan :)

      Delete
  2. Saya pun suka menginap kat aseania ni. Setakat ni dah 2 kali menginap sana. Pernah pi chelet kecik2 sekitar situ, kurang selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang yg murah sangat buat kita serba tak selesa dan kurang puas hati kan. Nama pun nakbercuti dan berehat, mestilah choose the best one :)

      Delete
  3. bestnya... kolam dia tu.. wah harus tak berjalan nanti.. dok dalam kolam je..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh. tengok-tengok anak tu kak. hhihi

      Delete
  4. Tu laa tgk pool dia sure Syafi suka Sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pool dia nampak best sebab luas kan :)

      Delete
  5. Menariknya Aseana Resort nie. Migha dah lama betul tak ke labgkawi. Nanti boleh la stay dekat sana kalau plan nak ke langkawi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, nanti bila ke Langkawi lagi, boleh try kan :)

      Delete
  6. Wah!
    Kaklong ni dah lama sangat nak pi Langkawi, padahal Kaklong duk Penang je pun.
    Target nak pi hujung tahun ni.
    Bole la tenpah hotel ni nanti. Sedap giler tengok kolam tu. Nak berendam lama2.
    Yay!

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...