Jun 28, 2017

HULURKAN SUMBANGAN ANDA PADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN NURKASIH

SUMBANGAN PAKAIAN TERPAKAI DAN WANG | Assalamualaikum diucapkan buat para penyumbang dan bakal penyumbang sebahagian dana untuk saham akhirat. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memberi makan kapada org yang berpuasa maka baginya pahala spt org yg berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu."

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN NUR KASIH SELANGOR
(PERTUBUHAN NURKASIH)

Pertubuhan Nurkasih ini di asaskan oleh Puan Hajjah Munirah Bt Hj Ayob, seorang bekas pesara guru yang sangat perihatin dengan nasib anak-anak yang keciciran dalam pelajaran sewaktu beliau bertugas sebagai guru.
Rumah ini diberi nama Rumah Penyayang Hembusan Kasturi yang dibuka pada bulan Mac 2008 dengan pelajar-pelajar awalnya terdiri dari 14 orang anak-anak perempuan yang berusia antara 7 – 12 tahun. Kini setelah usianya masuk tahun kedua, atas sumbangan para dermawan, tokoh-tokoh korporat, agensi kerajaan dan Lembaga Zakat Selangor.
Pertubuhan Nur Kasih telah berkembang dan membuka beberapa buah lagi rumah amal antaranya :-
  • Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (cawangan Meru)
  • Rumah OKU Nur Kasih
  • Akan membangunkan sebuah Madrasah Tahfiz Nur Kasih



MAAHAD TAHFIZ NURKASIH


Anak-anak Rumah Penyayang Nurkasih. Bahagia dan ceria terpancar di wajah apabila menerima sumbangan dari orang ramai.

Bangunan Maahad Tahfiz Nurkasih yang masih memerlukan dana dan masih dalam proses pembinaan.


Lokasi membuat sumbangan dengan membeli pakaian yang dijual di sana.

Jika anda ingin membuat sumbangan pakaian, sila hubungi pihak pengurusan (nombor telefon di bawah) untuk menyerahkan sumbangan.

Buat korang yang mencari tempat untuk menyumbangkan sebahagian daripada pakaian korang yang terpakai dan nak buat sumbangan berbentuk makanan mahupun wang ringgit boleh membuat sumbangan ke nombor akaun yang aku sertakan. Untuk membuat lawatan dan sumbangan pakaian, boleh hubungi pengurus di bawah :-

============================================

BAGAIMANA MEMBUAT SUMBANGAN :-

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN NUR KASIH
Maybank : 5 1 2 1 - 1 0 0 3 - 6 8 3 2

ALAMAT :
Lot 53958 Jalan Tanjung Shawal,
Batu 3, Jalan Kapar 42100,

Klang , Selangor



HUBUNGI :

Tuan Hj Zubir Hj Omar ( 012-3886304 )
Pn Hjh Maryam Hj Ahmad Shafie ( 016-3313504 / 013-2749573)

WEBSITE :


Dengar-dengar Pertubuhan Nurkasih ni bukan saja uruskan anak yatim saja, Pertubuhan ini juga menaungi fakir miskin, ibu tunggal, asnaf zakat dan warga emas. Ramai kan? Ini bermaksud bertambah banyaklah keperluan dan kos yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan semua.

Jadi, mari sama-sama kita menghulurkan sumbangan walaupun sedikit. Ianya lebih dari cukup untuk mengukir senyum di wajah mereka. In Shaa Allah.


4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini..insyaAllah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing! Saya bookmark siap-siap supaya dapat menyumbang nanti Insya Allah.

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...