Rawatan Diabetes

Korang ade diabetes @ kencing manis ke??

Rawatan untuk penyakit kencing manis ni ?

Sebelum tahun 1921, takde ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit berbahaya ni. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan. So, kene alert lah makanan ape yang mesti korang makan ataupun kurangkan..

Ubat boleh ke?

Mestilah.. Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit diorang tu.. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin (Biology Form 5).. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.

Pil jugak ke?

Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.. Ada pulak pesakit yang memerlukan suntikan insulin sementara pesakit lain pula boleh mengawal penyakit diorang dengan memakan pil. Setelah menjalankan pemeriksaan terhadap korang, doktor korang akan menentukan sama ada korang memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan korang.. Kes penyakit kencing manis korang mungkin tak sesempurna dengan kes orang lain, oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor korang mungkin tidak serupa dengan rawatan untuk pesakit lain. Doktor korang akan menentukan rawatan mengikut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting..

1- Menyembuhkan tanda-tanda awal dan gejala kencing manis.

2- Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat.

3- Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia.

Ubat

1- Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil

2- Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna

3- Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor

4- Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan.. Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Panduan makanan

** Makanan yang patut dielakkan

Gula, Gula melaka, Coklat, Jem, Madu, Sirap, Aiskrim, Biskut-biskut yang manis, Susu pekat, Minuman ringan, Gula-gula jeli...

** Makanan yang patut dikurangkan

Nasi, Roti, Ubi kentang, Ubi keledek, Ubi kayu, Jus, Kelapa,Daging kambing, Buah-buahan jeruk, Bahan-bahan tenusu...


P/S: Gula?? Satu sudu sudah cukup..!

Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,