AFB Lists

Oct 27, 2012

Hukum Mengambil Gambar (FOR PHOTOGRAPHER)

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum ..

Aku rasalah kan agak lama jugak kan aku tak buat kerja-kerja amal macam ni kan ? Rasa macam agak dah 2 tahun jugak lah kan aku tak share benda macam ni kan ?

Kenapa hari ni tiba-tiba nak tergedik-gedik nak cerita pasal ni ? okay, taknak melalut seperti biasa . penat !

 HUKUM MENGAMBIL GAMBAR [BIDANG FOTOGRAFI] 

Kalau pasal ni aku nak spesifikkan untuk guys yang ceburi bidang fotografi ni . Tak kesah lah profession kau jurugambar ke tak tapi senang cerita ORANG YANG BERTUGAS MENGAMBIL GAMBAR . haa, itu maksud aku .

Lately, perasan tak ramai yang baru-baru nak jinak-jinak dengan dunia fotograf ni right ? perasan tak perasan tak ? **sambil kepala angguk-angguk. so, makin ramai lah yang nak beli kamera ape tu ? DSLR ? okay, aku pun takde benda alah tu sebenarnya . belum sampai seru orang kata .

Dengan hal tu, kita sampai lupa sebenarnya benda tu ade relatenya jugak dengan syariat Islam . sorry guy kalau aku cakap macam aku ni gila pro pasal agama . For sure lah tak, sebab hidup aku pun pernah jugak melalui zaan jahiliah . cuma sekarang aku berazam nak berubah dah . eh, tak salah kan berkongsi . kan kan ?

Selalu kalau ambik gambar tu kita tak fikir pun efek dia dari segi agama . We just think about the quality of the gambar kan ? Fotogenik ke tak model tu . lawa ke hodoh model tu . nanti gambar ni tak boleh jual macam mana ? Quality KO bro .. blablablabla .. cuba kali ni kita tengok something yang boleh korang jadikan pengajaran . let me show you something !


1- BOLEH TAK SAYA NAK AMBIL GAMBAR PENGANTIN PEREMPUAN YANG SEDANG DISOLEKKAN YANG TAK MENUTUP RAMBUT ATAS PERMINTAAN PENGANTIN ITU SENDIRI ?

Jawapan : Mesti lah kalau kita sendiri photographer pun akan fikir pasal kerjaya kita, tanggungjawab kita dengan kerjaya ni, tugas yang perlu dilakukan .. tapi perlulah seiring dengan apa yang ditetapkan syariat. Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2- Rezeki yang diterima ni halal tak ?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389)


See ! Kau baru tau kan ? ke aku saja yang baru tahu ? hahaa .. whateva ! So, now aku dah bagitahu korang kan . kira aku berkongsi jugak lah ni kan . huh, gembira rasanya ! =D

tapi, kalau nak tahu lebih lagi, PICIT SINI .. DUNIA MAGIKA akan menjelma . hahaa

Assalamualaikum .. Wallahua'alam .. =D

0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,