AFB Lists

Mar 21, 2013

Pertemuan & Perpisahan itu Takdir Illahi Buat Kami

  No comments    
Assalamualaikum sahabat =D
Permulaan kata, pembuka bicara .. How are you friends ?

Benarlah apa yang diperkatakan sahabat aku.. Benarlah jodoh itu rahsia Allah . Hanya Allah mengetahui siapa jodoh kita, hanya Dia yang tahu ceritera kisah kita . Bukan niat hati untuk menyelongkar dan mengkaji rahsia ini, TAK ! semestinya TAK !

Hidup ini ujian, setiap yang Dia rancangkan. Itulah kita .. Itulah aku . Perasaan ini tak mampu aku ungkapkan pedihnya . Hanya Allah yang tahu kerana Dia yang merencanakan semuanya.

Ya, aku selalu dengar pepatah "ALLAH SERINGKALI MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM MENEMUKAN KITA DENGAN DIA YANG BENAR-BENAR MAMPU MENERIMA KEKURANGAN KITA DAN MAMPU MENJAGA KITA SATU HARI NANTI " .. Mungkinkah aku masih mampu dan berkesempatan menemuinya selepas ini ? 

Dalam senyap ini, aku seringkali memikirkan siapa aku pada mereka?
Dalam diam ini, aku kerap bertanya pada diri apa pentingnya diri aku pada mereka?
Aku menanti sebuah kepastian yang belum pasti
Kenapa ini yang aku rasakan?



Aku belum pernah merasa, kini aku telah merasa
Baru aku tahu dan memaknakan rasa itu
Allah, pedihnya hati ini bila dipermainkan
Kenapa perlu ada dia dalam hidupku?
Belum cukup lagi kah hati terseksa selama ni?

Dulu pernah aku menjadi hiasan dalam hidup mereka dan aku rasa cukup sudah sampai di sini . Dan aku pasrah, siapa pun dia . Aku redha .. Setelah lama aku bersabar dan aku menanti seseorang yang benar-benar yakin dengan keputusannya . Aku menanti dia yang mampu menuntun aku menuju syurgaMU. Aku menanti dan menunggu dengan penuh rasa sabar, tak pernah sekali aku mengeluh kerana aku sudah berjanji pada diri aku sendiri, aku akan setia menanti sehingga aku benar-benar yakin dan pasti .

Ya Allah, aku yakin dan pasti kini .. Tapi, sekali lagi kau uji aku . Aku tahu aku hanya pelakon sebuah cerita kehidupan di dunia ini . Yang tak punya kuasa merubah takdirMU kerana aku yakin dan pasti bahawa sampai bila-bila pun, rencana KAU tiada tandingannya . Tapi, kenapa aku, ya Allah ? Kau tahu bukan, aku bukanlah aku yang dulu, aku tak mampu lagi menceritakan pada sesiapa , tapi kenapa aku pilihanMU? Tiada niatku mahu menyesal tapi jujur dari dalam lubuk hati ini, ya .. Aku sedih, sedih yang tak mampu aku luahkan .. kenapa aku yang kau pilih untuk berada di situasi ini?

Kenapa dia permainkan hati dan perasaan aku, ya ALLAH ? Aku yakin kini, walau gigih mana kita usaha untuk memiliki sesuatu itu, jika bukan ditakdirkan untuk kita .. Pasrahkan saja, lepaskan saja . Kerana ada yang lebih baik dari dia sedang menanti . Ya Allah, maafkan aku :'(

Assalamualaikum :')

0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,