Penganggur terhormat cari kerja. Terhina bunyinya -_-'

Assalamualaikum. HAI!

Dah 3 hari ni asal nak post entry mesti ada je yang menghalang. Patutnya awal-awal lagi dah campak jejauh hard disk ni. Mengganggu konsentrasi, tak focus dah kalau banyak movie baru ni. Adoii -_-'

Alkisahnya di sini. Nak story lepas je habis diploma *begitu confident result bagus ya  , and then aku memang lah seorang yang sangat bersemangat dan menjulang-julang tingginya semangat tu nak cari kerja cecuti ni. Sebab apa? Sebab cuti LAMA kan. Berapa bulan kaww? 5 bulan kawww sebelum degree. So, secara jujur dan telusnya. Memang aku banyak cari kerja kosong online. Antaranya JOBSTREET, JOBSCENTRAL, INDEED dan beberapa lagi.


Sebab apa? Bukan malas! No No No ! Bukan malas tapi kita cuba mengaplikasikan cara yang lebih matang dari segi penjimatan masa, tenaga dan pastinya kos tambang, makan etc. Kerjanya idokk lagi, duitnyaa den nak cekauu mano aehh.


Dan jujur lagi, memang banyak call yang masuk. Mintak datang IV. Bukan aku tak nak pergi, tapi situasinya tak mengizinkan. Aku dah lah tak ada lesen lagi. Okay, ni not relate lah. Aku stay Kota Damansara. Nak gerak sana sini susah. Tak tahu jalan dah satu hal. Buatnya sesat. Dah lah sesat nak pergi. Nak balik apatah lagi. Nak-nak pulak parents aku bukan jenis 'Haa.. Pergilah cari. Belajar sendiri cari tempat tu.' Mematang tidak jawapannya, okay -_-'.



Mostly dapat Shah Alam. Sebab tak pergi Shah Alam? sebab pagi pagi jalan jammed and for sure takde bas ke sana. FYI, aku memang penumpang setia bas rapid KL ni. U88 heh. KD to Pasar Seni. And then dapat Subang Jaya, Selayang and Port Klang. Memang semua tempat tu aku boleh pergi kan -_-' . Lainlah kalau ada transport sendiri, ada lesen pon ada. Aku malas lah nak susahkan orang lain semata-mata nak hantar aku.

Aku anggap je bukan rezeki aku ^_^
*erk, boleh tak begini pasrahnya? Heee




Haaaa.. Ni curriculum vitae (CV) yang aku buat sendiri untuk dihantar secara official ke company-company through email. Kalau tak tahu nak buat macamana, kau boleh je buat terus dalam JOBSTREET. INDEED pon boleh. Korang isi je information required dalam tu. Lepas siap, dia generate. Tanpa membuang masa, silalah diSAVEkan okay. Tapi sebelum tu, login itu WAJIBULGHUNNAH :D



Assalamualaikum dan Wallhua'lam. Interview Session click here okay :)

SINI > TIPS INTERVIEW
SINI > PREPARATION FOR INTERVIEW (ACC. ASSISTANT)

Unknown
Unknown

A lifestyle blogger who is very passion in accounting field. Love hiking and wish to travel and explore a whole world. Still a newbie in hiking world but wishing to be serious to hike in future. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,