AFB Lists

Mar 21, 2015

Kesilapan ini mengajar. Dia tak pernah lupa siapa hamba Nya.

  No comments    
Assalamualaikum.

Hati perempuan kau tak mampu teka. Jangka. Bagaimana hati dia. Aku perempuan sendiri juga kadang-kadang tak faham. Apatah lagi lelaki.


Salah aku kah semua ni?


Mohon jelaskan terang-terang. Mohon terangkan satu - satu apa salah aku. Aku juga manusia biasa lakukan kesilapan. Jangan biar aku diam membuat kesimpulan sendiri.



Satu aku sedar dari kesilapan ini.


Allah jadikan pertemuan kita bukan untuk dijadikan alasan kepada retaknya sesebuah perhubungan itu. Tapi, jadikan hati kita makin dekat dalam usaha mengenali hati kita satu sama lain. Aku perempuan, kau juga perempuan. Kita sepatutnya tahu hati sesama kita. Tapi, ini sebaliknya.






Benar.

Ramalan tepat sekali. Tiada ralatnya.

Allah sengaja uji aku macam ni sebab nak bagi aku rasa macamana rasanya ditikam belakang. Macamana rasanya dulu disayang-sayang, sekarang dibuang-buang. Terima kasih. Allah masih simpankan sedikit ruang untuk aku rasa kasih sayang dia dan membuka hati aku untuk mencari Dia semula. Setelah lamanya aku leka :'(

Terimakasih sahabat. Atas segalanya.

Mohon kau bertemu sahabat baru yang lebih baik dan sempurna dari aku yang serba kurang ini.

Assalamualaikum. Wallahu'alam.

0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,