AFB Lists

May 1, 2015

Pain make people change, Dear

  No comments    
Assalamualaikum.

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang hamba yang beriman menderita kesakitan, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihatnya dan pada waktu senangnya."




Kuasa Dia terlalu luas. Hebat sungguh kalau aku katakan setiap ujian yang Dia bagi kita rasa tu mampu membuatkan hati kita gundah gulana. Serba tak kuat. Terlalu banyak perasaan yang kita tak mampu ungkapkan.


Painful. Manusia mampu menjadi manusia yang baru dengan hadirnya suatu nikmat kesakitan yang kita, insan biasa tak mampu tanggung. Bila tak sakit susah untuk kita tersedar dari kesilapan dulu. Ini fakta.


. Tinta Hati .

"Dear Allah. Aku hanya seorang hamba hina yang berdosa sepenuh lautan di bumi ni. Jagalah kembali hatiku yang rapuh ni. Jangan sekadar Kau sentuh hatiku maka Kau biarkan aku tergapai-gapai mencari ruang nafas. Tetapi, Kau sentuh hatiku dan Kau pimpinlah aku mencari cahayaMu. Aku ini pernah jatuh. Aku ini pernah leka. Dalam mainan waktu yang penuh liku dulu. Maka, izinkan lah aku kembali mencari di mana cintaMu yang pernah aku abaikan dulu.

Dear You. Kalau Kau izinkan aku untuk terus berdoa. Aku mohon aku punya waktu untuk buang jauh-jauh rasa cintaku buat manusia. Untuk waktu ini. Aku mahu terus hidup dalam keadaan aku sekarang ini. Jujur aku selesa terus bersendiri. Kalau ada yang hadir, mohon Kau ubahlah hatinya untuk wanita lain yang benar-benar layak untuknya.

Aku tak mahu takut untuk terus bersendiri. Aku masih punya keluarga. Mereka keutamaanku. Kalau tiada jodohku di sini, aku percaya janjiMu.. Pertemukan aku dengan jodohku di Syurga sana, Dear Allah :'(

Seandainya sudah takdir Kau tetapkan seseorang hadir mendapatkanku di sini. Aku mohon semoga cintanya padaku adalah keranaMu Allah. Sungguh keranaMu. Bukan kerana hatiku. In Shaa Allah.. Yang terbaik akan kuberikan padaMu melalui zaujku nanti. In Shaa Allah.


Dan jika ditakdirkan kesakitan itu adalah milikku. Kau kuatkan hatiku supaya aku terus kuat untuk menghadapi ujianMu ini. Aku tahu aku bukan malaikat. Aku hambaMu yang banyak dosa maka Kau kurniakan aku rasa ini supaya aku beringat bahawa MATI itu satu kepastian.


"Cukuplah MATI sebagai peringatan.."


Kekuatanku hanya satu. Doa. Ini menguatkan selalu hatiku tatkala aku rasa aku tak mampu. Allah, jika benar inilah yang dikatakan kifarah dosa, Aku mohon Kau kuatkan aku. Aku takut satu saat nanti, aku akan berpaling dariMu bila aku tak mampu menanggungnya seorang diri.

Mampukah Kau terima aku lagi di saat air mataku sudah habis kering bila aku mahu memohon sungguh-sungguh untuk kali ini? Apakah Kau terima? Allahu ."


Am I strong enough?

Assalamualaikum. Wallahua'alam.

0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,