AFB Lists

Sep 26, 2015

Bila Allah sudi jawab D I R E C T L Y

  2 comments    
Bismillahirrahmannirrahim .


Dulu aku pernah pesan dengan diri aku. Kisah hidup sendiri aku tak nak kongsi dekat sini. Sebab aku malu. Aku malu bila in fact sahabat aku tahu ini blog aku.


Memang dari kecik lagi aku memang minat menulis. Aku suka sastera. Aku ada buat 6 buah cerpen. 2 novel yang tertangguh -_- . huhu . Ada betulnya juga bila Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah kata selalu orang minat sastera ni suka bidang-bidang seni ni. Creative. And seriously I love ART so much. Cuma bila tak diasah bakat tu lama-lama tumpul lah kan? Sama lah macam pisau. Tak asah tak tajam ! Begitulah bidalan kau.


Mohon maaf awal-awal sebab kemungkinan besar entri ni akan panjang dan tak cukup mukasurat.



Bagi aku ini mungkin antara nukilan akhir aku kan. Aku pernah terbaca satu quote yang ala-ala islamik .



Kalau bagi duit, duit habis entah ke mana
Kalau bagi makanan, makanan jadi tahi
Kalau bagi hadiah, entah diguna atau tidak
Kalau coretan ilham, sekurang-kurangnya kau tak buta ilmu
Kalau berilmu, kau kongsi, kawan dapat, pahala pun free-free kau dapat

Alangkah indahnya bila aku mati nanti, ada juga titipan buat insan selepas aku tiada. Untuk kau jadikan panduan dan pedoman satu waktu nanti. Allahu :'(





Permulaan kisah ni dua ke tiga bulan yang lepas. Satu hal yang aku perasan bila dah lama sesuatu tu berlaku adalah bila Allah titipkan seruan tu tepat pada masanya walaupun tempatnya yang kurang sesuai. Itu bukan masalah besar. Yakin dan sentiasa percayalah pada Dia.


Nawaitu dan hati aku tekad nak cari hidayah tu. Macamana boleh jadi? Macamana aku tiba-tiba berubah? Baiklah. Tapi bukan di sini. Nanti aku ceritakan.




Hal ni berlaku semalam. Tak cuti? Yes! Aku kerja. Demi mencari sesuap nasi.



What happened? The moment is bila kau nak buat sesuatu tu sangat-sangat. Tapi sayangnya, tak ada benda A maka tak jadilah plan tu. Yes, it was happened to me last month. The moment bila kau dah hampir dengan satu jalan yang sikit lagi pasti akan mengubah kehidupan kau.



NIQAB .

YES.

NIQAB .



This niqab is a gift from a sahabat fillah. Dia kawan baik aku. Kawan sekolah. Sampai ke kawan pergi kerja. Aku sayang niqab ni sungguh-sungguh. Sebab ini adalah hadiah mungkin. Tiap kali aku sentuh niqab ni, jujur . Sebak tu mesti datang. Allahu :'( Rasa sebak yang entah mana datangnya.




Bulan lepas aku nak pakai. Tapi, mungkin Allah nak bagitahu bukan hari ini. Mungkin esok lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan mungkin :D

Dan akhirnya Allah kabulkan doa aku. Aku nak mulakan langkah pertama. Biarpun kelihatan drastik. Aku yakin janji Allah.. Bi iznillah.


Untuk pengetahuan semua. Aku memang dah biasa ambil bas kalau nak gerak-gerak ke mana. Sejujurnya cukuplah selama ni aku menyusahkan hidup semua orang. Alkisahnya semalam aku kuatkan hati. Keluar ofis dengan mengenakan niqab. Allahu. Agak sukar sikit sebab belum biasa. Niqab asyik menutup mata. Tapi aku gigihkan juga. Aku yakin janji Allah. Aku yakin Allah akan jaga aku. Again.


Dan sebelum bas di Pasar Seni bergerak. Aku duduk kerusi belakang. No wanita at all. Oh ya, ada seorang . Belakang aku. Dan yang lainnya lelaki! Melayu dan Bangla!


Macamana nak rest ni? Dengan sengaja aku letak handbag aku di kerusi sebelah, Dengan harapan tiada lelaki berani duduk sebelah aku. Dan semakin jantung berdebar kencang bila 1 ! 2 ! 3 ! orang lelaki Bangla sedang meninjau kerusi kosong. Yang masih KOSONG adalah sebelah aku. Aku rasa nak menangis bila lelaki itu pegang seat sebelah aku. Allah ! Aku tak mahu ! Ya! Memang aku menangis dah di balik niqab tu. Bukan sebab tak kuat, sebab aku takut! Dan dua minit tu aku terus berdoa sambil tahan nangis. Hati rasa nak teriak kuat-kuat !


And the moment bila you punya bas dah gerak and masih ada lagi lelaki berdiri di situ mencari tempat duduk. That time you pasrah! Since you dah tak nampak any women naik bas tu.. Cakap lembut-lembut dekat hati yang "Aku percaya janji Allah. Aku pasrah Allah siapa pun orangnya."



Dan aku rasa nak nangis beria-iya bila tiba-tiba perempuan yang duduk belakang ni bangun and duduk sebelah kau. "Oh Allah ! Alhamdulillah ya Allah. Kau dah jawab permintaan aku yang satu ni . Syukur tak mampu nak cakap. Allah je yang tahu :') Begitulah baiknya Dia. Sudi jawab permintaan aku directly.





In fact after solat aku belajar pakai. Dengan telekung tak bukak. Sarung aje. Then, selalu bertanya dengan diri sendiri. "Layak ke aku? Mampu ke aku?" Sambil lihat self-reflection dekat cermin. Sebak tu bertambah-tambah. Sumpah sebak sangat! Macam kau rasa dosa kau yang banyak tu terasa terbeban atas bahu kau. Sekarang.

Nangis lagi. Sambil tahan hingus, sambil cakap "Aku tak tahu apa yang Kau cuba tunjukkan pada aku, Allah. Tapi satu. Aku yakin dengan janji Kau." sambil urut dada cuba bertenang.



Kenapa aku mampu setenang ni? Kenapa aku mampu bercakap baik-baik? Ada sebab dia. Izinkan aku bercerita di waktu lain . Sekarang aku tersangat letih. Seharian menghadap laptop. Esok nak belajar jahit lagi. Moga Allah permudahkan urusan ini. Allahumma Ameen..





| Wallahua'alam | Qowiy ya Qalbi |

2 comments:

  1. kadang2 kite tak sadar Allah dh jawab segalanya directly

    ReplyDelete
  2. betul akak .. rasa diri ni terus terusan buat khilaf... Allah sabar dan masih lagi makbulkan doa2 kita ... Allahu :'(

    ReplyDelete

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,