Tak Ada Orang Jenguk Blog?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni nak share sikit kenapa blog kita tak ada yang datang menjenguk. Walaupun masa sangat padat sekarang ni, nak juga update walaupun seminggu sekali. Sobsss -_-'




KENAPA ?  TAK ?  ADA ?  ORANG ?  DATANG ?  JENGUK ?  BLOG ?

Sebenarnya aku ada buat experiment sikit ke atas blog aku sendiri. Kenapa tak ada orang datang menjengah apalagi baca entri. Ini berdasarkan pengalaman sendiri lah. Pengalaman orang lain maybe boleh sharing sikit kan.


1. TAK RAJIN UPDATE

Kenapa aku expect orang akan datang blog aku kalau sebulan sekali baru update. Dan entri yang di update tu pun entah-entah 3 bulan lepas punya cerita. haha. Ini aku pernah buat juga dulu. And that's why masa lepas SPM dulu aku sangat rajin update dan traffic tinggi wauu masa tu. Lepas tu, berkaratt .. Jumpa tahun depan. kihkih


2. TAK RAJIN BLOGWALKING

In simple word kan, blog is a medium you nak berkawan dengan ramai orang dekat luar sana. Dulu masa sekolah, aku tak expect pun aku akan kenal orang dari pelbagai negeri. Aku ingat aku anak Selangor, jadi akan berkawan dan hidup dalam Selangor saja lah. Sebab masa tu aku ingat Malaysia ni bosarr sangat. Kah! Sampai nak pergi Perak pun aku rasa makan 2, 3, 4 jam. So, high possibility Kelantan, 8, 9, 10 jam, sebab tengok dalam peta macam jauh. Hah! Back to basic. 'Malaysia kan bosarr ..' Kesimpulannya, bila kau malas blogwalking dan kenalkan diri kau kepada orang lain di setiap pelusuk negeri, kau rasa kau tu Dato' CT? *sigh


3. BLOG LOADING

Masa jadi budak hingusan dulu, kemain lah masuk blog itu blog ini, buat tutorial itu ini. Semua apply dalam blog yang satu ni. Sampai satu masa dia berat gilaa. Walhal nak preview je kot ! Tapi, tak apa. Nak bagi blog lawa punya pasal, sumbat semua. Janji best. At the end, krikk krikk. Terus tak ada yang datang menjengah. Siap tinggalkan komen lagi, "Blog you berat sangat lah. Nanti tolong sapu-sapu rumah sikit ya." Pfftt. Terus hakak cepat-cepat sedar diri. Masih ada lagi yang sudi menyinggah dan sangup tunggu sampai habis loading semata-mata nak kasitau akak. So sweet you tau.


4. BLOG ADA WORD VERIFICATION (aku tak pernah try. haha)

Dah lah blog loading. Siput sangatt. Lepas tu ada Word Verification lahaiii. Nak-nak pula guna comment jenis embedded tu. Aku pun stress. Rasa nak terus klik [x] Tapi tak sampai hati. Tinggalkan juga jejak kat blog tu. Tapi, dah dia pulaa tak ada ChatBox. So, how?


5. TAK RESPONS JEJAK

Ini paling okay lah. Iya lah, bersyukur la kan sebab masih ada lagi yang sudi menyinggah. Apa lah salahnya singgah balik blog depa. Jangan sombong bodoh okay. Sebab kita hidup saling berkawan dan saling membantu. Toi dakk ?


6. TAK RAJIN JOIN GA, SEGMEN

Kenapa ni penting? Untuk kita berkenalan dengan blogger baru kenal lah. Kalau sebelum ni kita tak pernah nampak nama dia, sekarang dah nampak. Kalau dulu kita tercari-cari tips tapi tak jumpa, mana tahu jumpa dekat blog dia. Who knows? kan kan kan? In conclusion. Again. Jangan sombong. Melainkan kalau betul-betul tak ada masa ke tak apa lah.. ihiii :D

7. ENTRY SYOK SENDIRI (Komen BLOGGER)

SYOK sendiri. Macamana nak classify kan itu syok sendiri? Maybe kebanyakan ramai saja blogger yang syok sendiri bila tulis. Even aku pun -_-' . Bagi aku, maybe kelebihan dia blog dia ada something yang orang lain tak ada mungkin. Contohnya Tips Business yang Ohsem! Resipi yang Susah Nak Jumpa ke.





Macamana dengan korang pula? Sebab aku yakin dan percaya korang mesti ada tips yang lagi hebatt kan nak makesure traffic blog bergerak lebih pantas dan efektif dari biasa kan? Share lah sikit ^_^





Terima kasih daun keladi semua .



| Qawiy Ya Qalbi |

Unknown
Unknown

A lifestyle blogger who is very passion in accounting field. Love hiking and wish to travel and explore a whole world. Still a newbie in hiking world but wishing to be serious to hike in future. In Shaa Allah.

13 comments:

  1. Kadang-kadang ada yang suka baca dan jadi silent reader jer...

    ReplyDelete
  2. suka baca entry ni :) nice sharing la mawar *thumbs up

    ReplyDelete
  3. tp lately nak ke sini ada link.my dulu pastu kene tunggu baru boleh skip..

    ReplyDelete
  4. nice.. paling betul yang jarang update tu.. dulu waktu SPM lissa jarang update jugak.. merudum jatuhnya pageview blog. haha

    ReplyDelete
  5. @Shahirah Mohamad

    Yaa. thank you :) kalau ada nak sharing boleh la share. hehe

    ReplyDelete
  6. @Melissa Muklis


    time tu la baru boleh tau ohhh kenapalah aku tak teruskan je update masa dulu.. kihkihhh

    ReplyDelete
  7. Kadang entri kita yang macam syok sendiri pun boleh jadi sebab kenapa lama2 orang dah tak datang jenguk blog

    ReplyDelete
  8. @Dja

    Haa.. Betul juga tu .. Mohon nak tambah dalam entry :) Thank you tau..

    ReplyDelete
  9. pada aida.
    rajin bw. komen. saling kunjung-mengunjungi blog org lain.
    then org pun suka.
    entry kena la yg beri maklumat.
    skit pun jadik la...
    hi hi hi...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,