AFB Lists

Mar 14, 2016

BANTUAN PINJAMAN PERNIAGAAN DENGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kin tertarik untuk berkongsi dengan sahabat blogger mahupun bukan blogger di luar sana mengenai cara nak meminjam dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Disebabkan mak Kin peminjam yang aktif dan tidak pernah missed membuat payment dan alhamdulillah senang untuk meminjam.

Tapi, dengan syarat kena pandai pilih sahabat kumpulan yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan mampu beri komitmen.

Bukan apa tau. Sebab masing-masing ada komitmen dengan keluarga masing-masing, janganlah rasa macam awak saja ada laki ada anak ada banyak masalah. Orang lain tak ada laki anak beranak. Ingat tu, jangan sampai tersalah pilih ahli kumpulan.


SYARAT KELAYAKAN MENJADI SAHABAT AIM

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,050
  3. Setelah disahkan layak, ahli perlu membentuk sebuah kumpulan terdiri daripada 5 orang yang jujur, boleh dipercayai, bertanggungjawab
  4. Setiap ahli perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK)
  5. Semua WAJIB datang mesyuarat setiap minggu di satu tempat mesyuarat yang akan diberitahu kemudian


SYARAT MEMBUAT PINJAMAN ATAU PEMBIAYAAN

  1. Tanpa cagaran mahupun penjamin
  2. Wujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab
  3. Hadirkan diri semasa mesyuarat setiap minggu
  4. Menyumbang 1% daripada pembiayaan ke dalam Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS)
  5. Menabung dalam Tabung Kumpulan setiap minggu atau Simpanan Wajib
  6. Membayar balik pembiayaan secara mingguan seamsa mesyuarat
  7. Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH)
  8. Caj pembiayaan sebayak 10% untuk setahun manakala 5% untuk pembiayaan tempoh 6 bulan 


JENIS PINJAMAN ATAU PEMBIAYAAN



Ada 7 jenis pembiayaan yang AIM tawarkan pada semua Sahabat AIM. Macam mak Kin, dia pernah ambil pinjaman Sejahtera dan Bestari. Bestari ni untuk pinjaman pendidikan tapi still kena bayar mingguan juga.

Untuk bantuan atau nak tahu maklumat lanjut, boleh lawati atau ziarah pusat Amanah Ikhtiar Malaysia yang berdekatan dengan anda. Cara lain anda boleh hubungi mereka di :


WEBSITE : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)



Baca juga artikel : 



0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,